Tiga pengarah syarikat ditahan bantu siasatan kes penipuan pelaburan

Ramli
Ramli
A
A
A

KUALA LUMPUR - Tiga pengarah sebuah syarikat ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes penipuan pelaburan yang membabitkan kerugian lebih RM3 juta.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, pihaknya menerima 57 laporan dari seluruh negara berhubung kes berkenaan sejak 15 Mac 2021.

Menurutnya, berdasarkan siasatan syarikat ini telah memulakan operasi sekitar 2017 dan menjalankan perniagaan berkaitan pembangunan hartanah, pembangunan tanah pertanian, pembangunan aset dan pengurusan liabiliti.

"Syarikat ini didapati melakukan promosi pelaburan melalui Facebook serta ejen syarikat yang dilantik.

"Wang pelabur dikatakan dilaburkan dalam bidang hartanah dan pelabur dijanjikan keuntungan sebanyak RM540 setiap 45 hari (bagi pakej pertama) dan setiap 60 hari (bagi pakej kedua).

"Kebanyakan pelabur telah menerima dividen dalam satu atau dua bulan pertama. namun selepas itu ianya tidak lagi dibayar," katanya.

Beliau berkata, dua lelaki dan seorang wanita berusia 49 hingga 57 tahun itu telah ditahan pada Khamis lalu.

"Kesemua mereka telah direman tiga hari sehingga Ahad, namun disambung lagi dua hari sehingga esok (Selasa) bagi membantu siasatan berhubung mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan," katanya.

Artikel Berkaitan: