City tamatkan kemarau kemenangan

Silva meraikan jaringannya ketika menentang Luton. - Foto AFP
Silva meraikan jaringannya ketika menentang Luton. - Foto AFP
A
A
A

MANCHESTER City berjaya menewaskan Luton 2-1 untuk menamatkan empat perlawanan tanpa kemenangan dalam saingan Liga Perdana Inggeris.

Penyerang bintang City, Erling Haaland tidak dapat diturunkan selepas mengalami kecederaan menyaksikan City ketinggalan kepada gol Elijah Adebayo pada lewat separuh masa pertama di Kenilworth Road.

Tetapi, selepas mensia-siakan banyak peluang, skuad kendalian Pep Guardiola akhirnya berjaya menjaringkan dua gol dalam masa tiga minit selepas rehat.

Bernardo Silva menyamakan kedudukan dan Jack Grealish meledak gol kemenangan untuk memberikan City kemenangan pertama yang amat diperlukan dalam lima perlawanan liga.

Selepas kekalahan 0-1 di Aston Villa pada Rabu diikuti keputusan seri dengan Chelsea, Liverpool dan Tottenham, City berada dalam bahaya untuk terkeluar daripada perebutan kejuaraan.

Kemenangan Liverpool di Crystal Palace pada Sabtu melonjakkan pendahulu liga itu tujuh mata di depan City.

Namun pasukan tangga keempat City bangkit dengan persembahan bertenaga untuk merapatkan jurang dengan Liverpool kepada empat mata.

"Perkara paling penting untuk mengubah dinamik ialah memenangi perlawanan. Itu banyak membantu.

Artikel Berkaitan:

"Kami kadang-kadang tidak mendapat keputusan apabila kami layak, tetapi itulah yang berlaku. Hari ini adalah ujian yang baik. Kami melakukannya dengan sempurna," kata Guardiola.


Chelsea mahu beli pemain baharu

Pochettino (kanan) menyifatkan Chelsea perlu diperkukuhkan dengan pembelian pemain baharu. - Foto AFP
Pochettino (kanan) menyifatkan Chelsea perlu diperkukuhkan dengan pembelian pemain baharu. - Foto AFP

Dalam perkembangan berasingan, Pengurus Chelsea, Mauricio Pochettino berkata pasukannya perlu mendapatkan pemain berkualiti selepas kekalahan 0-2 kepada Everton pada Isnin, walaupun kelab itu berbelanja £1 bilion (RM5.85 bilion) untuk pemain baharu sejak 18 bulan lalu.

Kemenangan ketiga berturut-turut melonjakkan Everton empat mata di hadapan zon penyingkiran ketika The Toffees terus melupakan insiden potongan 10 mata kerana melanggar peraturan kewangan.

Abdoulaye Doucoure membuka tirai jaringan sebelum gol pertama Lewis Dobbin untuk kariernya di Everton memberi satu lagi kekalahan memalukan ke atas Pochettino.

Anak buah Sean Dyche itu akan berada empat mata di atas Chelsea di kedudukan pertengahan liga.

Kekalahan ketujuh dalam 16 perlawanan liga untuk Pochettino menyaksikan Chelsea tergelincir ke bahagian bawah, di belakang Fulham.

"Kami perlu menganalisis realiti. Kami perlu bercakap dan cuba memperbaiki dalam pasaran perpindahan seterusnya," kata Pochettino.

Ia adalah cerita yang biasa bagi Pochettino ketika Chelsea mendominasi permainan tetapi gagal menjaringkan gol.

Buat kali ketiga musim ini Chelsea tewas walaupun menikmati penguasaan bola melebihi 70 peratus.

"Bola sepak adalah mengenai menjaringkan gol dan kami tidak klinikal di hadapan gawang," tambah bekas bos Tottenham itu.