Lelaki Myanmar panjat bumbung rumah dicekup

Suspek warga Myanmar dilihat memanjat bumbung rumah teres setingkat di Jalan Pertam Jaya, di sini, pada Ahad.
Suspek warga Myanmar dilihat memanjat bumbung rumah teres setingkat di Jalan Pertam Jaya, di sini, pada Ahad.
A
A
A

MELAKA - Tindakan seorang lelaki warga Myanmar disyaki mahu menceroboh masuk sebuah rumah di Jalan Pertam Jaya di sini, pada Ahad gagal setelah dicekup polis.

Kejadian jam 1 tengah hari itu disedari orang awam yang ternampak suspek berusia 31 tahun memanjat bumbung rumah jenis teres setingkat itu.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit, berkata, anggota dari Balai Polis Banda Hilir ke lokasi kejadian setelah menerima aduan dan mendapati suspek berada di atas bumbung dengan memegang sekeping atap genting.

Menurutnya, polis telah mengarahkan suspek turun untuk menyerah diri, namun dia tidak mengendahkan arahan tersebut sebelum seorang anggota polis naik ke atas bumbung rumah berkenaan.

Katanya, lelaki itu bertindak melarikan diri ke bumbung rumah yang terakhir dan meletakan atap genting di atas kepalanya sambil mengugut untuk terjun jika polis menghampiri.

"Kita (polis) meminta bantuan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Padang Temu bagi menggunakan pancuran air menghalang lelaki itu terjun.

"Namun semasa mahu memulakan pancuran air, atap genting yang dipijak suspek pecah menyebabkan dia jatuh," katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Isnin.

Jelas beliau, pemeriksaan badan yang dilakukan ke atas suspek mendapati tiada barang terlarang dan suspek mengalami luka di bahagian kepala serta leher akibat terjatuh.

Artikel Berkaitan:

"Siasatan masih dijalankan dan kes disiasat di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan

"Jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga tiga tahun dan denda," katanya lagi.