Jaclyn Victor juara unggul All Stars Gegar Vaganza

Jaclyn Victor dinobatkan sebagai juara All Stars Gegar Vaganza (ASGV) dan membawa pulang hadiah utama berupa wang tunai RM200,000.
Jaclyn Victor dinobatkan sebagai juara All Stars Gegar Vaganza (ASGV) dan membawa pulang hadiah utama berupa wang tunai RM200,000.
A
A
A

PENYANYI Jaclyn Victor dinobatkan sebagai juara All Stars Gegar Vaganza (ASGV) sekali gus membawa pulang hadiah utama berupa wang tunai RM200,000.

Pada minggu akhir ASGV yang berlangsung penuh berprestij di Axiata Arena, Bukit Jalil, penyanyi berusia 45 tahun itu turut membawa pulang hadiah iringan berupa pakej percutian ke Switzerland, pakej penginapan di Royale Chulan Hotel London, baucar dekorasi ruangan dan trofi.

Jaclyn Victor
Jaclyn Victor

Pemilik nama penuh Jaclyn Joshua Thanaraj Victor itu turut menerima hadiah Bintang Paling Power Meow berupa wang tunai RM3,000 dan produk Adabi bernilai RM500.

Persembahan mantap Jaclyn Victor
Persembahan mantap Jaclyn Victor

Jac tampil dengan persembahan mantap menerusi lagu When You Believe nyanyian asal Whitney Houston dan Mariah Carey, manakala duet bersama Datuk Jamal Abdillah (Sandarkan Pada Kenangan) dan di pusingan battle menyanyikan lagu Let’s Kill This Love (bersama Siti Nordiana, Liza Hanim serta Tomok).

Tujuh lagi finalis lain iaitu Liza Hanim, Siti Nordiana, Nikki Palikat, Azharina, Tomok dan Naqiu menerima wang tunai RM10,000, pakej percutian dan trofi.

Selain itu, Naqiu turut menerima hadiah tambahan iaitu Anugerah Pilihan Bos Susu dan membawa pulang wang tunai RM10,000 serta Bintang Cuckoo Paling Gempak pada awal program.

Artikel Berkaitan:

Manakala Siti Nordiana menjadi pilihan peminat untuk menerima Anugerah Gegaran Generasi Juara Digi.

Lapan finalis itu diadili juri tetap Datuk Ramli MS, Datuk Syafinaz Selamat dan penyanyi popular Indonesia, Hetty Koes Endang.

ASGV dikendalikan Nabil Ahmad dan Jihan Muse.

Sementara itu Hael Husaini, Amir Ahnaf, Anna Jobling, Aina Abdul, Cakra Khan, Ifan Seventeen, Datuk Jamal Abdillah dan Datuk Zainal Abidin, antara yang hadir memeriahkan lagi pentas akhir itu.