Dakwaan Muhammad Daniel dibuli, polis belum terima laporan

Zam Halim. Laporan Sinar Harian
Zam Halim. Laporan Sinar Harian
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis belum menerima laporan berhubung dakwaan seorang pelajar, Muhammad Daniel Akmal Zulkhairi, 14, dibuli, sebelum dia dilaporkan hilang selepas melarikan diri dari asrama sebuah sekolah di ibu kota.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Zam Halim Jamaluddin berkata, setakat ini, polis belum menerima laporan berhubung dakwaan itu daripada mangsa atau keluarganya.

"Setakat ini, belum ada laporan diterima berkaitan dakwaan kes buli yang dibuat oleh mangsa, keluarganya atau mana-mana pihak," katanya ringkas ketika dihubungi pada Ahad.

Sebelum itu, polis meminta kerjasama orang ramai untuk membantu mengesan mangsa yang dilaporkan hilang sejak Khamis.

Zam Halim dilaporkan berkata, pihaknya menerima laporan kehilangan Muhammad Daniel Akmal dari asrama sebuah sekolah pada jam 1.21 tengah hari, hari sama.

Muhammad Daniel Akmal ditemui selamat dengan keadaan fizikalnya agak lemah di sebuah masjid di Bandar Tun Razak, di sini, jam 10.40 malam, Jumaat.

Ibu mangsa, Shuhada Jamaludin, 38, dilaporkan berkata, akibat kejadian buli, Muhammad Daniel Akmal yang mesra disapa sebagai Enel bertindak nekad untuk melarikan diri dari sekolah jam 3 pagi, Khamis.

Artikel Berkaitan: