'Ramai setuju PH-BN Johor kerjasama hadapi PRN' - Chin Tong

Konvensyen DAP Johor di Kluang, Johor pada Ahad.
Konvensyen DAP Johor di Kluang, Johor pada Ahad.
A
A
A

KLUANG - Kerjasama Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) di Johor ketika ini boleh dijadikan asas untuk kedua-dua gabungan bersama-sama menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-16 nanti.

Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong berkata, meskipun tidak menubuhkan Kerajaan Perpaduan seperti di peringkat Persekutuan, namun PH serta DAP sentiasa diberikan ruang oleh Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi menyumbang idea dan pandangan.

"Pengukuhan kerjasama PH dan BN di negeri ini semakin terserlah selepas memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram pada September lalu.

Chin Tong
Chin Tong

"Kami tetap bekerjasama dan menyokong agenda kerajaan negeri terutama yang telah dirunding bersama PH sebagai contoh dalam Belanjawan Johor, Onn Hafiz telah memberi peluang untuk Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PH menyumbang idea.

"Ramai dalam kalangan pemimpin kedua-dua gabungan ini bersetuju PH dan BN untuk menghadapi PRN bersama paling lewat April 2027.

"Itu parameternya," katanya pada sidang akhbar selepas Konvensyen DAP Johor di sini, pada Ahad.

Sementara itu, Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook berkata, sebarang jalinan kerjasama di peringkat negeri diserahkan kepada Chin Tong untuk membincangkannya dengan kepimpinan UMNO Johor.

Artikel Berkaitan:

"Jalinan kerjasama ini lebih relevan dibincangkan oleh kepimpinan di peringkat negeri yang perlu melihat sama ada terdapatnya ruang untuk bekerja dalam satu pasukan apabila PRN nanti.

"Secara peribadi saya terbuka kepada apa-apa cadangan termasuk untuk menubuhkan Kerajaan Perpaduan di negeri Johor, namun semua ini perlu dibincangkan di belakang tabir oleh Chin Tong," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!