Peniaga sewakan premis Mara kepada pihak ketiga berdepan tindakan

Fazli Rizal (tiga dari kanan) semasa merasmikan pembukaan cawangan ke 177 Richiamo Coffee di Arked Mara Pantai Irama Bachok pada Ahad.
Fazli Rizal (tiga dari kanan) semasa merasmikan pembukaan cawangan ke 177 Richiamo Coffee di Arked Mara Pantai Irama Bachok pada Ahad.
A
A
A

BACHOK - Peniaga yang memberi sewa premis perniagaan milik Majlis Amanah Rakyat (Mara) kepada pihak ketiga termasuk warga asing bakal berdepan tindakan penamatan kontrak serta-merta.

Pengarah Mara Kelantan, Fazli Rizal Ismail berkata, tindakan itu bercanggah dengan peraturan sedia ada yang telah ditetapkan oleh agensi.

Fazli Rizal (kiri) bersama Muhamad Zamry semasa perasmian cawangan ke 177 Richiamo Coffee di Arked Mara Pantai Irama Bachok pada Ahad.
Fazli Rizal (kiri) bersama Muhamad Zamry semasa perasmian cawangan ke 177 Richiamo Coffee di Arked Mara Pantai Irama Bachok pada Ahad.

"Kita (Mara) sentiasa membuat pemantauan setiap bulan ke atas penyewa premis Mara.

"Setakat ini, kita dapati tiada lagi penyewa memberi sewa lot perniagaan kepada pihak ketiga termasuk warga asing," katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan pembukaan cawangan ke 177 Richiamo Coffee di Arked Mara Pantai Irama di sini pada Ahad.

Hadir sama, Pengarah Urusan Kumpulan Richiamo Coffee, Muhamad Zamry Abu Samah.

Menurut beliau, setakat ini Mara Kelantan mempunyai 641 lot perniagaan kecuali di Kuala Krai.

Ujarnya, 95 peratus premis perniagaan Mara sudah mempunyai penyewa.

Artikel Berkaitan:

Fazli Rizal (tengah) cuba membuat kopi sambil dibantu oleh barista.
Fazli Rizal (tengah) cuba membuat kopi sambil dibantu oleh barista.

"Kita harap semua penyewa dapat memanfaatkan kemudahan yang disediakan oleh kerajaan dalam usaha membantu meningkatkan ekonomi," katanya.

Dalam perkembangan lain, Fazli Rizal memberitahu, Mara Kelantan sedia bekerjasama dengan mana-mana usahawan yang mempunyai nama besar dalam industri untuk sama-sama memanfaatkan kemudahan disediakan kerajaan menerusi premis perniagaan milik agensi tersebut.

Tambah beliau, usaha itu mampu memberi impak positif kepada penyewa lain yang ada di premis Mara.

"Ia sebagaimana yang dilakukan oleh Richiamo Coffee di Bachok," katanya.