Henti spekulasi pembunuh Zayn Rayyan

Kehilngan Zayn Rayyan yang akhirnya dijumpai dalam keadaan tidak bernyawa mengundang hiba seluruh rakyat Malaysia.
Kehilngan Zayn Rayyan yang akhirnya dijumpai dalam keadaan tidak bernyawa mengundang hiba seluruh rakyat Malaysia.
A
A
A

KEHILANGAN seorang kanak-kanak lelaki autistik, Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6, yang akhirnya dijumpai dalam keadaan tidak bernyawa mengundang hiba seluruh rakyat Malaysia.

Lebih menyedihkan apabila pihak polis mendedahkan hasil siasatan mendapati kanak-kanak istimewa berkenaan mati akibat dibunuh.

Sehingga ke hari ini, kematian Zayn Rayyan menjadi topik hangat yang dibualkan bahkan ada dalam kalangan pengguna media sosial cuba untuk mencipta spekulasi tidak berasas.

Melihat kepada hantaran yang dimut naik di laman sosial Facebook dan Twitter, ada individu yang cuba menuduh ibu bapa kepada Zayn Rayyan merupakan pelaku kes jenayah itu.

Tuduhan itu dibuat hanya kerana si ibu, Ismanira Abdul Manaf, 28, tidak menunjukkan reaksi yang begitu menyedihkan setelah kehilangan anak.

Sebagai seorang ibu, sudah tentu dia sukar untuk menerima berita tentang kematian anak yang dikandungkan selama sembilan bulan dan masih berharap mayat ditemui itu bukan anaknya.

Oleh yang demikian, diharapkan agar pengguna media sosial untuk cakna, prihatin dan mempunyai belas ihsan kepada nasib yang menimpa keluarga mangsa.

Elakkan untuk mengeluarkan kenyataan yang boleh mengguris hati mereka dan sebaik-baiknya doakan segala proses mencari pembunuh Zayn Rayyan ditemui segera.

Artikel Berkaitan:

Pada Sabtu, akhbar melaporkan dua ekor anjing pengesan (K9) Bukit Aman sekali lagi dihantar ke kawasan penemuan mayat kanak-kanak lelaki berkenaan di Apartmen Idaman, Damansara Damai, Petaling Jaya.

Ia dipercayai bagi mengesan petunjuk baharu selepas pasukan penyiasat Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjalankan pemeriksaan agresif termasuk menggunakan K9 dalam operasi mencari dan menyelamat sebelum ini.

Anjing pengesan bernama Ruby itu tiba kira-kira jam 1.50 tengah hari dan dilihat melakukan penjejakan semula di kawasan saliran air manakala pasukan forensik PDRM turut dilihat menjalankan siasatan di tempat kejadian.