Penyokong Terengganu 'menang' awal

Tempat duduk penyokong Terengganu FC (kanan) sudah penuh dengan lautan hitam putih.
Tempat duduk penyokong Terengganu FC (kanan) sudah penuh dengan lautan hitam putih.
A
A
A

PENYOKONG Terengganu FC dan Johor Darul Ta'zim (JDT) sudah mula memenuhi Stadium Nasional Bukit Jalil menjelang pertembungan final Piala Malaysia malam ini.

Kedua-dua penyokong mula bergerak masuk ke dalam stadium sebaik sahaja pintu stadium dibuka pada jam lima petang tadi.

Namun, penyokong Terengganu tampak lebih 'agresif' apabila tempat duduk yang dikhaskan untuk penonton pantai timur itu telah penuh dengan lautan putih hitam.

Sebaliknya, penyokong JDT masih santai dan tenang mungkin menunggu terlebih dahulu sebelum mula masuk ke dalam stadium.

Keadaan hujan lebat sejak 6.15 petang tadi juga tidak menghalang penyokong kedua-dua pasukan untuk memenuhi pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil.

JDT sedang dalam perjalanan untuk mencipta sejarah sebagai pasukan pertama memenangi empat piala iaitu Piala Sumbangsih, Piala FA, Liga Super dan Piala Malaysia semusim buat kali kedua berturut-turut sekiranya berjaya mengalahkan TFC.

Malah, Harimau Selatan juga berupaya menyamai rekod Kedah yang memenangi 'double treble' pada 2007 dan 2008.

Bagi terengganu pula, mereka sudah tentu berharap agar dapat menjulang kembali piala malaysia selepas kali terakhir melakukannya pada 2001.

Artikel Berkaitan: