Final Piala Malaysia: TFC ikat JDT 1-1 separuh masa

Pemain TFC meraikan gol penyamaan yang dihasilkan Ivan Mamut pada babak pertama perlawanan akhir Piala Malaysia 2023 di antara JDT dan Terengganu FC di Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini. - Foto: Bernama
Pemain TFC meraikan gol penyamaan yang dihasilkan Ivan Mamut pada babak pertama perlawanan akhir Piala Malaysia 2023 di antara JDT dan Terengganu FC di Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini. - Foto: Bernama
A
A
A

TERENGGANU FC berjaya mengikat Johor Darul Ta'zim (JDT) 1-1 selepas berakhirnya separuh masa pertama aksi final Piala Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Jumaat.

JDT yang tampil sebagai status penyandang juara nyata mempamerkan penguasaan dengan beberapa kali melakukan percubaan berbahaya ke pintu gol lawan.

Keadaan padang walaupun tidak cantik mata memandang, namun tidak terkopak dan tercabut menyaksikan perlawanan berlangsung dengan baik pada separuh masa pertama.

Skuad Harimau Selatan itu tidak menunggu lama untuk membuka tirai jaringan selepas pengadil menghadiahkan sepakan penalti pada minit keempat perlawanan.

Ia selepas pertahanan TFC, Muhammad Azam Azmi Murad mengasari Fernando Forestieri dalam kotak penalti.

Peledak berbisa JDT, Bergson da Silva tidak berdepan masalah untuk menyudahkan penalti tersebut meletakkan anak buah Esteban Solari itu di depan.

Bagaimanapun, TFC berjaya menyamakan kedudukan juga menerusi penalti selepas Ivan Mamut dijatuhkan oleh Jordi Amat pada minit ke-20.

Mamut tenang menyempurnakan penalti tersebut untuk menewaskan penjaga gol JDT, Ahmad Syihan Hazmi Mohamed.

Artikel Berkaitan:

Bergson hampir meletakkan JDT sekali lagi di hadapan menerusi percubaan dari luar kotak penalti pada minit ke-33 namun diselamatkan Mohd Suhaimi Husin.