Dua bot nelayan tempatan jalan aktiviti tunda haram ditahan

Dua bot nelayan tempatan disita selepas dikesan menjalankan aktiviti tunda haram di Bagan Datuk. - Foto Jabatan Perikanan
Dua bot nelayan tempatan disita selepas dikesan menjalankan aktiviti tunda haram di Bagan Datuk. - Foto Jabatan Perikanan
A
A
A

BAGAN DATUK - Dua bot nelayan tempatan ditahan Jabatan Perikanan Malaysia selepas dikesan menjalankan aktiviti tunda haram menerusi program Pemantauan dan Pengawasan Vesel Penangkapan Ikan Tempatan Zon Barat yang dilaksanakan sejak Isnin lalu.

Jabatan Perikanan Malaysia dalam satu kenyataan memaklumkan penahanan itu dilakukan Cawangan Pemantauan, Kawalan dan Penyeliaan (MCS) Ibu Pejabat Perikanan Malaysia dan MCS Jabatan Perikanan Malaysia Perak.

Menurut kenyataan itu, operasi digerakkan bersama Pangkalan MCS Kampung Acheh dan Kuala Kurau itu melibatkan 20 anggota penguat kuasa perikanan dan aset laut.

"Tindakan dibuat hasil aduan serta maklumat nelayan dan orang ramai berkaitan salah laku yang melanggar Akta Perikanan 1985 dan syarat–syarat pelesenan Jabatan Perikanan Malaysia.

"Kedua-dua bot telah ditahan di perairan Sungai Burung di sini ketika sedang melakukan aktiviti tundaan haram. Tekong kru pertama berjaya melarikan diri dengan terjun ke laut manakala seorang lagi kru warga Myanmar berjaya ditahan," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Bot nelayan tempatan ditahan Jabatan Perikanan selepas dikesan menjalankan aktiviti tunda haram di perairan Sungai Burung, Bagan Datuk. - Foto Jabatan Perikanan
Bot nelayan tempatan ditahan Jabatan Perikanan selepas dikesan menjalankan aktiviti tunda haram di perairan Sungai Burung, Bagan Datuk. - Foto Jabatan Perikanan

Tambahnya, bot terbabit dapati telah melanggar Seksyen 8(a) dan seksyen iaitu 11(3)(a) Akta Perikanan 1985.

"Kedua-dua bot dianggarkan bernilai RM200,000 dan orang yang disyaki telah ditahan di bawa ke Pangkalan MCS Kampung Acheh untuk siasatan lanjut," katanya.

Artikel Berkaitan: