Vladimir Putin lawat UAE, Arab Saudi bincang isu-isu serantau

Mohammed Salman (kanan) mengalu-alukan lawatan Putin di ibu negara Riyadh pada Rabu. - Foto: AFP
Mohammed Salman (kanan) mengalu-alukan lawatan Putin di ibu negara Riyadh pada Rabu. - Foto: AFP
A
A
A

DUBAI/RIYADH - Presiden Rusia, Vladimir Putin melawat Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Arab Saudi pada Rabu untuk membincangkan hubungan dan isu-isu lain yang menjadi kepentingan bersama.

Semasa pertemuan Putin dengan Presiden UAE, Sheikh Mohamed bin Zayed Al Nahyan di Abu Dhabi, kedua-dua pihak meneroka prospek untuk memperbaiki hubungan dalam kerangka perkongsian strategik dua hala, Xinhua memetik Agensi Berita UAE WAM.

Kedua-dua pemimpin juga membincangkan isu-isu serantau dan antarabangsa yang mempunyai kepentingan bersama, dengan tumpuan kepada situasi di Gaza.

Kedua-dua pihak menekankan perlunya tindakan antarabangsa untuk mencapai gencatan senjata di Semenanjung Gaza, melindungi orang awam dan memastikan penghantaran bantuan kemanusiaan yang selamat, tanpa halangan dan berterusan, lapor WAM.

Mereka juga membincangkan perkembangan terkini krisis di Ukraine.

Vladimir Putin (kiri) dan Mohammed bin Salman (kanan) mengadakan pertemuan di Riyadh pada Rabu. - Foto: AFP
Vladimir Putin (kiri) dan Mohammed bin Salman (kanan) mengadakan pertemuan di Riyadh pada Rabu. - Foto: AFP

Sheikh Mohamed menegaskan UAE komited untuk menyelesaikan konflik di seluruh dunia melalui diplomasi dan dialog.

Kemudian pada hari yang sama, Putin bertemu dengan Putera Mahkota Saudi, Mohammed bin Salman Al Saud, di Riyadh.

Artikel Berkaitan:

Putera mahkota Arab Saudi semasa pertemuan itu menekankan Riyadh dan Rusia bekerjasama untuk mencapai kestabilan di Asia Barat, lapor saluran berita satelit Al Arabiya.

Beliau berkata kedua-dua negara berjaya bekerjasama dalam bidang tenaga, perdagangan dan pelaburan.

Bagi pihaknya, Putin menonjolkan hubungan baik Rusia dengan Arab Saudi dalam bidang politik, ekonomi dan bidang kemanusiaan. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!