Lelaki jadi keldai akaun sindiket kereta terpakai dicekup

Lelaki berusia 57 tahun ditahan kerana disyaki menjadi keldai akaun kepada sindiket memperdaya mangsa dalam urusan pembelian kereta terpakai.
Lelaki berusia 57 tahun ditahan kerana disyaki menjadi keldai akaun kepada sindiket memperdaya mangsa dalam urusan pembelian kereta terpakai.
A
A
A

BALIK PULAU - Seorang lelaki ditahan kerana disyaki menjadi keldai akaun kepada sindiket memperdaya mangsa dalam urusan pembelian sebuah kereta terpakai.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Kamarul Rizal Jenal berkata, lelaki berusia 57 tahun itu ditahan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Komersil Daerah Barat Daya di pekarangan Balai Polis Kulim Hi-Tech, Kulim, Kedah pada Rabu.

Menurutnya, berdasarkan laporan, mangsa berminat untuk membeli sebuah kereta terpakai jenis Mini Cooper (S) 2.0 cc warna merah dengan harga RM37,000 setelah melihat iklan penjualan di Facebook.

"Mangsa seorang lelaki berusia 44 tahun dan bekerja sebagai juruteknik itu terus berurusan dengan ahli sindiket melalui WhatsApp.

"Mangsa telah membuat enam transaksi secara dalam talian dengan jumlah keseluruhan RM21,150 sebelum menyedari telah tertipu kerana suspek masih meminta wang.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun keseksaan kerana menipu," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Kamarul berkata, orang ramai dinasihatkan agar sentiasa berwaspada dan tidak mudah terpedaya dengan muslihat sindiket penipuan jual beli di laman sosial.

"Orang ramai juga diminta supaya tidak terpedaya dengan pinjaman tidak wujud, pelaburan tidak wujud, tawaran pekerjaan luar negara, Macau Scam, Phone Scam atau Love Scam di laman sosial.

Artikel Berkaitan:

"Kita menyarankan orang ramai membuat semakan terlebih dahulu ke atas nombor akaun yang diberikan oleh suspek di Portal Jabatan Siasatan Jenayah Komersil PDRM melalui puatan https://ccid.rmp.gov.my/semakmule," katanya lagi.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!