'Kami berhak menang ke atas Chelsea'

Pemain United meraikan jaringan McTominay. - Foto AFP
Pemain United meraikan jaringan McTominay. - Foto AFP
A
A
A

ERIK ten Hag berkata Manchester United menghantar mesej jelas selepas kemenangan 2-1 ke atas Chelsea untuk mengurangkan tekanan ke atas pengendali kelahiran Belanda itu.

Ten Hag mendapat respons yang diharapkan dari United selepas mereka mempamerkan aksi buruk ketika tewas kepada Newcastle United 0-1 pada Sabtu.

Dua gol Scott McTominay ke atas Chelsea memberi keputusan positif selain boleh dikatakan prestasi terbaik United musim ini.

"Kami berhak mendapat kemenangan ini. Kami mahu menghantar mesej ini kepada orang ramai tetapi ini juga gaya kami

"Saya sangat gembira dengan jumlah peluang yang kami cipta. Ia sangat menyeronokkan untuk peminat menonton kami bermain," katanya.

Kemenangan keenam dalam lapan perlawanan liga melonjakkan United ke tangga keenam dan dibezakan tiga mata daripada penyandang juara Manchester City di tangga keempat.

Dalam pada itu, walaupun membelanjakan wang yang banyak untuk pemain baharu dalam tiga jendela perpindahan, Chelsea kekal di tangga ke-10.

Hanya lima kemenangan dalam 15 perlawanan liga pertamanya sebagai pengurus telah meletakkan Mauricio Pochettino dalam tekanan.

Artikel Berkaitan:

Namun, bekas pengendali Tottenham itu menggunakan senarai kecederaan yang panjang sebagai alasan prestasi buruk The Blues.

"Kami adalah projek yang berbeza. Kami tidak akan mengubah apa yang kami katakan sejak awal musim ini.

"Walaupun dengan pemain yang cergas ia akan menjadi sukar tetapi sekarang dengan pemain cedera, ia sangat-sangat sukar," kata Pochettino.