Ten Hag akui United tidak konsisten

Erik ten Hag
Erik ten Hag
A
A
A

PERMULAAN buruk Manchester United pada musim ini dikaitkan dengan kekurangan konsistensi sepanjang 90 minit perlawnaan, kata pengendali United, Erik ten Hag.

United mencatatkan permulaan buruk Liga Perdana Inggeris (EPL) untuk musim ini menduduki tangga ke-10 selepas tujuh perlawanan dengan tiga kemenangan dan empat kekalahan.

Mereka juga telah tewas tiga daripada empat perlawanan terakhir di tempat sendiri di Old Trafford dalam semua pertandingan, termasuk kekalahan 0-1 kepada Crystal Palace hujung minggu lalu dan kekalahan 2-3 kepada Galatasaray pada Rabu dalam aksi Liga Juara-Juara.

"Konsisten, itulah masalah yang kami hadapi. Dalam beberapa bahagian permainan kami melakukan banyak perkara dengan betul, tetapi kami mempunyai saat apabila kami bergelut.

"Kami perlu melakukan perkara yang betul, konsisten dan lakukannya seperti sebelum ini, jadi sudah pasti anda boleh nampak detik seperti itu apabila kami menjaringkan gol atau melepaskan gol.

"Saya telah bercakap dengan pemain bagaimana kami boleh menambah baik perkara ini," katanya.

Dalam pada itu, ten Hag tidak mahu menyalahkan prestasi penyerangnya, Marcus Rashford yang gagal menyerlah.

Selepas menjaringkan 30 gol dalam semua pertandingan musim lalu, Rashford telah menerima kritikan dalam kempen semasa di apabila dia hanya menjaringkan satu gol liga.

Artikel Berkaitan:

"Penyerang, apabila mereka tidak menjaringkan gol, mereka memerlukan sedikit masa. Dia sangat berpengalaman dan apabila dia melakukan perkara yang betul, dia akan memberikan impak kepada pasukan," katanya.