X

Kindly register in order to view this article
!

Pusat sembelihan ayam di Pasar Jerantut ada sijil halal

Noridzuan (kiri) bersama pengusaha premis penyembelihan ayam di Pasar Jerantut yang dianugerahkan Sijil Halal Malaysia kelmarin.
A
A

KUANTAN - Bahagian Pengurusan Halal, Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) mengesahkan semua premis penyembelihan ayam di Pasar Jerantut memiliki Sijil Halal Malaysia.

Ketua Penolong Pengarahnya, Noridzuan Abdul Manan berkata, semua pusat sembelihan ayam di pasar itu dianugerahkan Sijil Halal Malaysia baru-baru ini.

Menurutnya, pusat sembelihan ayam itu adalah pusat penyembelih kedua di negeri ini yang beroperasi di pasar di bawah seliaan pihak berkuasa tempatan yang berjaya mendapat sijil halal secara berkelompok selepas Pasar Daerah Lipis.

"Pengesahan halal bagi pusat penyembelihan ayam ini merupakan yang terawal di daerah Jerantut di mana sebelumnya tiada bekalan ayam segar tempatan yang disahkan halal.

"Ia sekaligus membantu orang awam dan pengusaha industri makanan untuk mendapatkan bekalan ayam yang disahkan halal," katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini.

Noridzuan berkata, inisiatif melalui kerjasama JAIP dan Majlis Daerah Jerantut (MDJ) itu bagi memastikan semua pengusaha pusat penyembelihan ayam memohon sijil halal.

"Dalam usaha ini, pengusaha terlibat dibantu untuk melengkapkan permohonan sijil halal secara atas talian melalui bengkel khas yang diadakan sebelum ini.

"Pada masa yang sama, siri lawatan bimbingan juga dilaksanakan JAIP dan MDJ bagi memastikan permohonan sijil halal di pasar tersebut diluluskan," katanya.

Katanya, inisiatif seumpama itu diharap dapat terus dilaksanakan bersama pihak berkuasa tempatan di daerah lain di negeri ini.

"JAIP sentiasa komited membantu pihak industri dalam proses memohon sijil halal bagi memastikan status halalan toyyiba bekalan ayam segar di pasaran," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!