Melaka tambah baik sistem pencahayaan

Adly (empat dari kanan) bersama Kok Kiew (tiga dari kanan) dan Poay Tiong (dua dari kanan) bergambar selepas majlis perasmian lampu hiasan menjelang TMM 2020 di Jalan Merdeka, Taman Melaka Raya malam tadi.
Adly (empat dari kanan) bersama Kok Kiew (tiga dari kanan) dan Poay Tiong (dua dari kanan) bergambar selepas majlis perasmian lampu hiasan menjelang TMM 2020 di Jalan Merdeka, Taman Melaka Raya malam tadi.
A
A
A

MELAKA TENGAH - Kerajaan Melaka optimis meningkatkan sistem pencahayaan di lokasi tumpuan ramai dalam usaha menjadikan negeri ini kawasan selamat.

Ketua Menteri, Adly zahari berkata, penambahbaikan sistem pencahayaan penting untuk keselamatan orang ramai bagi mengelak kejadian jenayah selain sebagai persediaan Melaka menyambut Tahun Melawat Malaysia 2020 (TMM 2020).

Menurutnya, selaras mewujudkan kawasan selamat, kerajaan negeri juga bersetuju menukarkan lampu jalan sedia ada kepada lampu jenis light emitting diode (LED) yang dapat mengurangkan kos penyelenggaraan dan menjimatkan tenaga bertepatan dengan hasrat untuk menjadikan Melaka Bandar Pintar 2030.

Katanya, setakat ini menerusi kerjasama Tenaga Nasional Berhad (TNB) menukar kira-kira 60,000 unit lampu jalan kepada lampu LED selain inisiatif Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) menambah serta menukar kira-kira 91 unit lampu LED di sekitar Taman Melaka Raya termasuk Jalan Merdeka dengan membabitkan kos keseluruhan berjumlah lebih RM1 juta.

"Usaha dan inisiatif MBMB perlu menjadi contoh kepada PBT (pihak berkuasa tempatan) yang lain dan jumlah kos itu termasuk menambah 55 unit lampu LED dengan kos RM697,400.

"Ini sebahagian usaha kita untuk pastikan bahawa sistem pencahayaan di kawasan tumpuan pelancong akan ditambah baik yang mana tiga fokus utama kerajaan negeri termasuk aspek keselamatan iaitu pencahayaan terang selain pemasangan CCTV (kamera litar tertutup) dan sebagainya," katanya.

Adly berkata demikian selepas perasmian lampu hiasan menjelang TMM 2020 di Jalan Merdeka, Taman Melaka Raya di sini malam tadi.

Artikel Berkaitan:

Kok Kiew menyampaikan sijil penghargaan kepada salah seorang wakil peniaga Melaka Raya sambil diperhatikan Adly (tengah) selepas menyempurnakan majlis perasmian lampu hiasan menjelang TMM 2020 di Jalan Merdeka Taman Melaka Raya di sini malam tadi.
Kok Kiew menyampaikan sijil penghargaan kepada salah seorang wakil peniaga Melaka Raya sambil diperhatikan Adly (tengah) selepas menyempurnakan majlis perasmian lampu hiasan menjelang TMM 2020 di Jalan Merdeka Taman Melaka Raya di sini malam tadi.

Hadir sama Exco Perumahan Kerajaan Tempatan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau, Datuk Tey Kok Kiew; Pengerusi Majlis Penasihat Bandar Pintar Melaka, Khoo Poay Tiong, Datuk Bandar MBMB, Datuk Mansor Sudin dan Pengerusi Persatuan Peniaga-peniaga Melaka Raya, Chay Kam Yuin.

Adly yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Katil berkata, kolaborasi antara MBMB dan persatuan Persatuan Peniaga-peniaga Melaka Raya menerusi pemasangan 24 baris lampu hiasan dengan melibatkan kos sebanyak RM280,000 menunjukkan komited masing-masing bagi meningkatkan pencahayaan dan keceriaan di kawasan tumpuan pelancong.

"Jalinan kerjasama yang erat antara PBT dan komuniti serta NGO (badan bukan kerajaan) lain seperti ini perlu dipertingkatkan dalam usaha mencapai aspirasi kerajaan negeri," katanya.

Dalam pada itu, lampu hiasan melambangkan perayaan utama negara dan berkonsepkan muhibah seperti Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Hari Deepavali dan Hari Natal dijangka menjadi tarikan baharu di kawasan tersebut.