Polis mohon bantuan kesan kanak-kanak austime hilang

Zayn Rayyan yang dilaporkan hilang sejak semalam.
Zayn Rayyan yang dilaporkan hilang sejak semalam.
A
A
A

PETALING JAYA - Polis memohon bantuan orang ramai mengesan seorang kanak-kanak lelaki autisme berusia enam tahun yang dilaporkan hilang sejak Selasa.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, kanak-kanak berkenaan dikenali sebagai Zayn Rayyan Abdul Matiin.

"Kanak-kanak itu kali terakhir dilihat berada di kawasan perumahan Blok R Apartment Idaman Jalan PJU 10/1 Damansara Damai, di sini, pada jam 12 tengah hari, Selasa," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Mohamad Fakhrudin berkata, pakaian terakhir mangsa ialah baju kemeja t putih berkolar berlencana (Sekolah Kebangsaan Damansara Damai 2), seluar dan kasut sekolah bewarna hitam.

"Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkenaan mangsa mohon tampil ke balai polis berhampiran atau berhubung terus ke bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya di talian 03-79662222," katanya.

Artikel Berkaitan: