Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS sesi awal urus niaga

Pada 9.07 pagi, ringgit berada pada 4.6715/6760 berbanding dolar AS daripada 4.6610/6660 pada penutup semalam. - Foto hiasan
Pada 9.07 pagi, ringgit berada pada 4.6715/6760 berbanding dolar AS daripada 4.6610/6660 pada penutup semalam. - Foto hiasan
A
A
A

RINGGIT dibuka rendah berbanding dolar AS pada pagi urus niaga Rabu apabila nilai dolar AS meningkat berikutan sentimen yang kian mengukuh bahawa kadar faedah akan diturunkan oleh Rizab Persekutuan (Fed) pada 2024.

Pada 9.07 pagi, ringgit berada pada 4.6715/6760 berbanding dolar AS daripada 4.6610/6660 pada penutup semalam.

Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, penurunan berterusan dalam Pembukaan Pekerjaan AS kepada 8.7 juta pada Oktober 2023 daripada paras tertinggi 12.0 juta pada Mac tahun lepas menunjukkan permintaan terhadap tenaga kerja berada dalam trend menurun.

Sementara itu, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding sekumpulan mata wang utama yang lain.

Ringgit meningkat sedikit berbanding euro kepada 5.0438/0487 daripada 5.0483/0537 pada penutupan urus niaga Selasa, tidak berubah berbanding pound Britain kepada 5.8875/8932 daripada 5.8873/8936 sebelumnya dan susut berbanding yen Jepun kepada 3.1747/1779 daripada 3.1692/1729.

Berbanding mata wang Asean yang lain, nilai mata wang tempatan agak rendah.

Ringgit menyusut nilai berbanding dolar Singapura kepada 3.4857/4893 daripada 3.4820/4860 dan lemah berbanding baht Thai pada 13.2713/2909 daripada 13.2040/2241 sebelumnya.

Nilai mata wang tempatan turut susut berbanding rupiah Indonesia kepada 301.2/301.7 daripada 300.5/301.0 dan lemah berbanding peso Filipina kepada 8.44/8.45 daripada 8.42/8.44 sebelumnya. - Bernama

Artikel Berkaitan: