SMK Darul Ehsan buru penamat tiga terbaik

Barisan pengurusan, jurulatih dan pemain SMK Darul Ehsan yang menggalas cabaran Piala Datuk Mokhtar Dahari B-15 2023.
Barisan pengurusan, jurulatih dan pemain SMK Darul Ehsan yang menggalas cabaran Piala Datuk Mokhtar Dahari B-15 2023.
A
A
A

SEKOLAH Menengah Kebangsaan (SMK) Darul Ehsan menganggap keputusan positif dalam aksi penentuan tempat ketiga keempat Piala Datuk Mokhtar Dahari Bawah 15 (B-15) menentang SMK Sultan Abdul Samad penting sebelum kejuaraan edisi 2023 melabuh tirai.

Malah pengendali skuad B-15 SMK Darul Ehsan, Norazam Jamaludin mengakui tidak menyangka skuad kendaliannya mampu pergi lebih jauh saingan kali ini apabila mengejutkan beberapa pasukan pilihan.

"Pasukan SMK Sultan Abdul Samad adalah sebuah pasukan bersistematik corak permainannya dalam edisi kali ini.

"Biarpun begitu, kita akan berusaha sehabis baik untuk mengakhiri cabaran di kedudukan ketiga terbaik.

"Bagi kita, ketiga terbaik satu pencapaian tertinggi untuk sebuah sekolah dari daerah Gombak dalam kejohanan Piala Datuk Mokhtar Dahari," katanya pada Ahad.

Sebagai rekod, cabaran SMK Darul Ehsan dalam kejuaraan Piala Datuk Mokhtar Dahari B-15 2023 terhenti pada separuh akhir apabila tewas 1-2 kepada pasukan pilihan SMK Shah Alam.

No Image Caption

SMK Darul Ehsan akan berentap dengan SMK Sultan Abdul Samad dalam perlawanan yang dijadualkan berlangsung di padang Turf Seksyen 19, Shah Alam.

Artikel Berkaitan:

Mengulas prestasi pasukan dari Batu Caves itu, Norazam mengakui berbangga dengan komitmen tinggi yang diberikan setiap pemainnya.

"Alhamdulillah, saya tidak menjangkakan pasukan ini mara sehingga kelompok empat terbaik.

"Secara keseluruhan saya sangat berpuas hati dengan prestasi anak-anak buah. yang telah memberikan persembahan terbaik dalam setiap perlawanan.

"Sejujurnya, bukanlah mudah bagi sebuah sekolah harian biasa seperti SMK Darul Ehsan untuk menentang sekolah yang merupakan pusat latihan daerah," katanya.

Pada masa sama Norazam mewakili barisan pemain, jurulatih dan pengurusan berterima kasih kepada semua pihak yang sentiasa menyokong pasukan tersebut sepanjang kempen.

"Saya ingin ucap terima kasih kepada pengetua cemerlang SMK Darul Ehsan Zarina Mahmood, PIBG (Persatuan Ibu Bapa dan Guru), guru-guru, ibu bapa dan semua warga SMK Darul Ehsan yang sentiasa memberi sokongan dan galakan kepada pasukan bola sepak sekolah, ' katanya.

SMK Darul Ehsan dalam saingan Piala Datuk Mokhtar Dahari B-15 2023

Penentuan tempat ketiga keempat

Isnin (4 Disember)

SMK Darul Ehsan lwn SMK Sultan Abdul Samad

Separuh Akhir

SMK Shah Alam 2-1 Darul Ehsan

Suku Akhir

MRSM Sungai Besar 1-5 SMK Darul Ehsan

Pusingan 16 Terbaik

SMK Darul Ehsan 1-1 SMK Dato' Harun

*SMK Darul Ehsan menang penentuan penalti 9-8

SMK Darul Ehsan 2-0 SMK Puchong Utama (1)

SMK Darul Ehsan 1-0 SMK Sungai Kapar Indah

SMK Taman Tasik 0-1 SMK Darul Ehsan

* SMK Darul Ehsan mara ke pusingan 16 terbaik selaku juara Kumpulan G (Menang tiga perlawanan, jaring empat gol, tanpa bolos)