Banjir kilat, polis trafik bantu bersihkan longkang tersumbat

Hujan lebat pada sebelah petang, menyebabkan laluan menghala ke susur Taman Ungku Tun Aminah berdekatan sebuah stesen minyak dinaiki air.
Hujan lebat pada sebelah petang, menyebabkan laluan menghala ke susur Taman Ungku Tun Aminah berdekatan sebuah stesen minyak dinaiki air.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Lima anggota polis trafik bertindak pantas membersihkan longkang yang tersumbat bagi melancarkan lalu lintas pada waktu puncak, pada petang Selasa.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Balveer Singh Mahindar Singh berkata, hujan lebat pada sebelah petang, menyebabkan laluan menghala ke susur Taman Ungku Tun Aminah (TUTA), berdekatan sebuah stesen minyak dinaiki air.

Anggota polis trafik membersihkan longkang yang tersumbat bagi melancarkan pergerakan lalu lintas di Skudai.
Anggota polis trafik membersihkan longkang yang tersumbat bagi melancarkan pergerakan lalu lintas di Skudai.

"Anggota Polis Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Utara telah bertindak pantas dengan mencari punca air bertakung di laluan tersebut dan telah mengambil inisiatif membersihkan lubang longkang yang tersumbat itu.

"Tindakan proaktif itu membantu pergerakan kenderaan lancar kerana tiada lagi air melimpah di jalan utama," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Artikel Berkaitan: