500 sertai PMC Monsoon FunRun

Sebahagian peserta merakam gambar kenangan.
Sebahagian peserta merakam gambar kenangan.
A
A
A

KUANTAN - Seramai 500 peserta menyertai Larian PMC MonSoon Fun Run 2019 yang berlangsung di Pahang Medical Centre di sini semalam.

Acara larian sejauh 5km anjuran Hospital Pakar Pahang Medical Centre (PMC) dengan kerjasama ABC Event itu diadakan sebagai penutup tirai tahun 2019.

Pengarah program, Mohd Sakeri Mohd Yunus berkata, semua peserta dilepaskan serentak pada jam 7.30 pagi.

Peserta dilepaskan seawal jam 7.30 pagi.
Peserta dilepaskan seawal jam 7.30 pagi.

“Program ini sebahagian tanggungjawab sosial korporat kami untuk mengajak komuniti memupuk gaya hidup sihat selain mengeratkan hubungan antara komuniti dengan PMC.

“Jumlah peserta yang menyertai program ini mencapai sasaran biarpun kali pertama diadakan dan kesungguhan mereka menamatkan larian menunjukkan objektif program berjaya,” katanya.

Pelbagai aktiviti diadakan seperti pemeriksaan kesihatan percuma, kaunter khidmat nasihat kesihatan, kaunter info sihat serta hadiah cabutan bertuah kepada peserta.

Artikel Berkaitan: