[VIDEO] Pengecualian visa: Tarik pelabur asing datang ke Malaysia


ARTIKEL BERKAITAN: https://www.sinarharian.com.my/article/638189/edisi/selangor-kl/pengecualian-visa-tarik-pelabur-asing-datang-ke-malaysia

Muzik: www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #BeritaMojo #BeritaSemasa #MBSelangor #Amirudin Shari" />
A
A
A

SHAH ALAM - Inisiatif kerajaan yang memberikan pengecualian visa selama 30 hari kepada pelancong China dan India akan membawa pulangan besar terhadap sektor pelaburan negara.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, kebenaran itu akan memberi peluang kepada pelabur-pelabur luar untuk turut menyertai kerancakan aktiviti ekonomi di Malaysia.

Amirudin
Amirudin

"Ia bukan soal pelancongan semata-mata, sebaliknya soal perniagaan. Dengan kebenaran visa dalam tempoh yang diberikan itu memberi peluang kepada pihak luar (pelabur asing) untuk turut datang.

"Kita bukan hanya melihat dari sudut kedatangan pelancong, misalnya hanya menginap di hotel (memberi pulangan terhadap industri perhotelan), tetapi juga peluang perniagaan yang lain, ini termasuklah dalam industri peruncitan, ia juga akan membuka peluang perniagaan di beberapa kawasan lain," katanya kepada Sinar Harian semasa sesi wawancara khas di pejabatnya baru-baru ini.

Terdahulu Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pemberian visa itu bagaimanapun tertakluk kepada tapisan keselamatan pelancong dari negara-negara terbabit yang mahu memasuki negara ini.

Negara-Negara Teluk seperti Arab Saudi, Bahrain, Kuwait, Oman, Qatar, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Iraq dan Iran serta semua negara Asia Barat termasuk Turkiye dan Jordan pula pada masa ini menikmati kemudahan pengecualian visa.

Artikel Berkaitan:

Kemudahan kemasukan ke Malaysia tanpa visa ini turut dinikmati oleh lapan buah negara ASEAN lain yang membenarkan lawatan bagi tujuan sosial, melancong dan perniagaan sehingga 30 hari.

China buat masa ini juga telah memberikan pengecualian visa selama 15 hari kepada Malaysia.

Justeru Amirudin menggesa supaya pihak berkenaan untuk bersiap siaga bagi menghadapi kemasukan pelancong tersebut.

"Jadi saya kira pihak pentadbiran sudah bersedia di pintu masuk dan keluar, mereka ini harus cekap, perlu lebih pantas untuk menguraikan orang beratur di pintu-pintu masuk utama kita," katanya.