Sokong potong elaun menteri

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

SHAH ALAM - Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang mempunyai pendapat tersendiri mengenai cadangan pemotongan elaun pemimpin utama termasuk di peringkat negeri sebagai tanda keprihatinan pemimpin terhadap rakyat dalam mendepani cabaran ekonomi.

Ahli Parlimen Hulu Selangor, June Leow Hsiad Hui berkata, beliau secara peribadi tiada halangan sekiranya perkara itu dilaksanakan dan percaya pemimpin lain juga berpendapat sedemikian.

Menurutnya, sebarang keputusan dibuat kerajaan adalah demi kebaikan rakyat dan negara serta tanggungjawab pemimpin dalam mengurangkan beban rakyat.

"Tiada halangan dan tiada masalah. Saya setuju jika kerajaan mahu mengkaji semula dan mengurangkan elaun pemimpin termasuk ahli Parlimen dan menteri besar," katanya kepada Sinar Harian.

Sementara itu, Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari berkata, elaun yang ditetapkan kerajaan mengikut keperluan dan keadaan semasa.

Menurutnya, pemotongan elaun sebenarnya tidak menyelesaikan masalah utama berkaitan ekonomi negara.

"Isunya kini adalah ekonomi dipandu dasar yang tidak jelas dengan pendirian yang selalu 'u-turn' dan sebagainya menyebabkan pelabur tidak yakin.

"Saya tidak nampak pemotongan elaun akan dapat menyelesaikan masalah ekonomi tapi saya tidaklah cakap saya tidak setuju (pemotongan elaun)," katanya.

Artikel Berkaitan:

Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim sebelum ini turut mencadangkan agar elaun Ahli Parlimen dan menteri besar turut dipotong berkata, kenaikan elaun yang diberikan kepada Ahli Parlimen adalah dua kali ganda.

"Jadi tidak salah untuk kita sebagai pemimpin bersetuju bagi memotong sedikit elaun yang diperoleh demi kebaikan bersama terutama rakyat," katanya.