Berita pilihan Jun 2019

A
A
A

1. Jiran terkejut beruang 'minta' makanan (1,826,551 bacaan)

BUNYI bising dari sebuah unit tidak berpenghuni di tingkat 16 sebuah kediaman bertingkat di ibu negara mengejutkan jiran tetangga apabila rupa-rupanya terdapat seekor beruang matahari yang 'menjengah' di salah satu tingkap dapur unit berkenaan.

Beruang itu dipercayai sedang kelaparan kerana dikatakan ditinggalkan sejak dua hari oleh penghuni yang pulang ke kampung sempena Aidilfitri.

Insiden berlaku kira-kira jam 4.57 petang itu dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook menggunakan nama Ida Shareena yang juga penduduk di situ namun mendapat maklumat berkenaan daripada jiran-jiran menerusi 'group WhatsApp' ketika dia berada Muar, Johor.

2. Isteri rayu suami diberi pengampunan Agong (884,603 bacaan)

KUANTAN - Seorang peniaga kedai kopi dari Indera Mahkota di sini, merayu pengampunan daripada Yang di-Pertuan Agong untuk membebaskan suaminya yang kini menunggu masa untuk dihukum gantung.

Artikel Berkaitan:

Rokiah Abd Majid, 60-an berkata, suaminya Muhd Zulkifli Abd Ghani merupakan bekas tentera yang kini menjadi banduan akhir di Penjara Bentong Pahang, dipenjarakan sejak 20 Mei 2010.

Menurutnya, sudah hampir enam tahun beliau dan anak-anak kehilangan tempat bergantung dan terpaksa berniaga kedai kopi untuk menyara hidup.

3. Mana datang tompok hitam?(741,588 bacaan)

SEORANG ibu diserang panik apabila menyedari terdapat tompok hitam besar di lelangit mulut anaknya.

Darian Depreta dari Amerika Syarikat sedang bermain bersama anak perempuannya Bella apabila dia ternampak tompok hitam tersebut.

Setelah gagal untuk menghilangkan tompok tersebut, Depreta segera membawa anaknya ke hospital.

4. Abang Botak dibebas dari penjara (593,514 bacaan)

PETALING JAYA - Abang Botak yang dihukum penjara 12 bulan kerana melakukan khianat dengan memecahkan cermin sebuah kereta menggunakan topi keledar hanya sempat bermalam enam hari di penjara sebelum dia dibebaskan sementara daripada menjalani hukuman tersebut.

Ia berikutan Mahkamah Majistret Petaling Jaya membenarkan permohonan penangguhan perlaksanaan hukuman itu.

5. Anwar sahkan diugut RM400,000 (572,338 bacaan)

PETALING JAYA - Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan beliau menerima ugutan dan diminta membayar RM400,000 sekiranya enggan buku ‘Mengapa Anwar Tak Boleh Jadi PM’ diterbitkan dan didedahkan kepada umum.

Menurutnya, Pengerusi PKR Kedah, Datuk Johari Abdul telah membuat laporan polis dan beliau menyerahkan sepenuhnya siasatan kes tersebut kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Artikel Disyorkan