Penghormatan terakhir mendiang Jui Meng diadakan dua hari

Mendiang Datuk Dr Chua Jui Meng
Mendiang Datuk Dr Chua Jui Meng
A
A
A
KUALA LUMPUR - Upacara penghormatan terakhir mendiang Datuk Dr Chua Jui Meng akan diadakan selama dua hari bermula esok di Full Gospel Assembly di sini.

Anak lelaki bekas Menteri Kesihatan itu, Vernon Chua, 43, ketika dihubungi Bernama berkata, orang ramai boleh melawat dan memberi penghormatan terakhir pada hari berkenaan bermula jam 3 petang hingga 7 malam.

"Bapa saya akan disemadikan di Nirvana Memorial Park di Shah Alam pada Khamis, 7 Dis ini, kira-kira jam 10 pagi,” katanya.

Vernon berkata, upacara persemadian di Nirvana Memorial Park hanya melibatkan ahli keluarga.

Anak bongsu kepada tokoh politik itu menyifatkan bapanya seorang yang sangat penyanyang dan bertanggungjawab terhadap keluarganya serta apa-apa kerja diusahakannya dan pemergiannya menjadi suatu kehilangan besar buat seluruh ahli keluarga.
Artikel Berkaitan:


Jui Meng, 80, meninggal dunia di Hospital Serdang pada jam 4.04 petang semalam.

Anak jati Muar, Johor itu antara menteri kabinet paling lama menerajui Kementerian Kesihatan, selama sembilan tahun dari 1995 hingga 2004. - Bernama