Shuib tinggalkan Suria FM, fokus perniagaan

Shuib
Shuib
A
A
A

SELEPAS lebih setahun menjadi penyampai di segmen Morning Morning Suria, pelawak dan usahawan, Shuib mengucapkan selamat tinggal kepada stesen radio Suria FM berkuat kuasa Isnin (4 Disember).

Menurut Pengurus Besar Suria FM, Roslinda Abd Majid atau lebih dikenali sebagai DJ Lin, kerjasama yang telah terjalin hampir dua tahun itu merupakan satu langkah strategik bagi stesen radio tersebut dalam rangka perancangan bagi tahun 2023.

Jelasnya, ia melibatkan kolaborasi khas dengan Shuib untuk beberapa tempoh sahaja dan selebriti itu ingin menumpukan sepenuh perhatian kepada perniagaannya yang semakin berkembang.

“Komitmen Shuib bersama Suria FM bukan sahaja menjadi sebahagian daripada perancangan tahunan stesen radio, tetapi juga menjadi satu pengalaman yang amat berharga buat kami.

"Mewakili keluarga Suria FM, kami berterima kasih diatas segala komitmen padu dan elemen kreatif yang dibawakan oleh Shuib kepada stesen radio kami. Diharapkan beliau terus berjaya dalam setiap usaha perniagaan dan kerjayanya,” ujarnya.

Shuib dikatakan kembali memberi tumpuan kepada perniagaan.
Shuib dikatakan kembali memberi tumpuan kepada perniagaan.

Untuk rekod, Shuib mula berkhidmat sebagai penyampai di Suria FM pada 29 Ogos 2022.

Bagaimanapun, Suria FM turut berharap dapat terus menjalin kerjasama dengan Shuib dalam pelbagai inisiatif pada masa mendatang.

Artikel Berkaitan:

Namun persoalan siapakah pengganti Shuib masih terlalu awal untuk diputuskan, tetapi pihak Suria FM akan memaklumkan kepada umum mengenainya sebaik keputusan rasmi dicapai.

Kini Morning Morning Suria hanya dikendalikan Ajak dan Suraya pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 6 hingga 10 pagi.