Covid-19 kluster pendidikan, KPM sedia patuhi SOP

Fadhlina - Foto Bernama
Fadhlina - Foto Bernama
A
A
A

RANTAU PANJANG - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 sebagaimana yang telah digariskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam membendung penularan jangkitan itu apabila majoriti kluster yang dilaporkan adalah kluster pendidikan.

Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, KPM akan mengambil setiap arahan yang diberikan oleh pihak berkenaan.

"Segala tindakan yang dibuat berdasarkan kepada nasihat yang telah dikeluarkan oleh KKM," katanya kepada pemberita selepas melawat Sekolah Kebangsaan (SK) Gual Tinggi yang dijadikan sebagai pusat pemindahan sementara (PPS) pada Isnin.

Pada masa sama, beliau turut beramah mesra dengan penghuni PPS dan menyampaikan sumbangan Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB) kepada warga pendidik yang terjejas dengan banjir.

Fadhlina (kiri) beramah mesra dengan penghuni PPS SK Gual Tinggi pada Isnin.
Fadhlina (kiri) beramah mesra dengan penghuni PPS SK Gual Tinggi pada Isnin.

Media sebelum ini melaporkan, sebanyak 3,626 kes Covid-19 dicatatkan dalam tempoh seminggu dari 19 November hingga 25 November lalu, iaitu peningkatan 57.3 peratus berbanding 2,305 kes yang dilaporkan pada 12 November hingga 18 November lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan berkata, 48 peratus daripada jumlah kes itu terdiri daripada mereka yang berusia antara 20 tahun hingga 40 tahun namun lebih 98 peratus bergejala ringan.

“Kes mingguan dikesan melepasi angka 1,000 kes pada setiap minggu dengan kadar peningkatan antara 7.1 hingga 57.3 peratus.

Artikel Berkaitan:

“Terdapat lapan kluster Covid-19 yang masih aktif dilaporkan dengan sejumlah 121 kes terlibat dalam kluster tersebut.

"Jumlah kumulatif kluster yang dilaporkan adalah sebanyak 7,248.

"Majoriti kluster yang dilaporkan adalah kluster pendidikan,” katanya dalam kenyataan.