BN sekali lagi 'tuntut' jawatan Timbalan Speaker

Persidangan DUN Negeri Sembilan - Foto Bernama (Gambar kecil: Saiful Yazan)
Persidangan DUN Negeri Sembilan - Foto Bernama (Gambar kecil: Saiful Yazan)
A
A
A

SEREMBAN - Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan sekali lagi mencadangkan supaya kerajaan negeri melantik Timbalan Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) daripada Barisan Nasional (BN).

Saiful Yazan Sulaiman (BN-Johol) berkata, jika pengagihan jawatan-jawatan kepimpinan masyarakat telah dibuat secara bijaksana dan harmoni antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN), apalah salahnya jawatan itu diberikan kepada BN.

"Negeri Sembilan hari ini dilihat sebagai negeri contoh kepada acuan kerajaan perpaduan dalam mengetuai kerajaan negeri dan pengagihan jawatan-jawatan kepimpinan masyarakat telah dibuat secara bijaksana n harmoni antara PH dan BN.

"Oleh demikian, kesepakatan tanpa batasan ini mesti dipertingkatkan lagi. Sebagai contoh, jika jawatan Speaker DUN diberikan kepada rakan seperjuangan daripada PH, apalah salahnya jawatan Timbalan Speaker diberi kepada BN," katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan Belanjawan 2024 Negeri Sembilan pada Persidangan Ketiga (Belanjawan) Penggal Pertama DUN Negeri Sembilan yang Ke-15 di sini pada Isnin.

Jelas Saiful Yazan lagi, ia sesuai dengan pelantikan Menteri Besar daripada PH dan Exco kanan pula dilantik dari BN.

Selain itu, beliau turut mencadangkan supaya jawatan Exco Kanan diwartakan secara rasmi dalam waktu terdekat.

Tambahnya, ia bagi membolehkan kerajaan negeri dapat ditadbir dengan baik sesuai dengan ilham Menteri Besar yang sentiasa berteraskan 'good governance and akauntabliti.

Artikel Berkaitan:

Pada Persidangan Kedua (Perasmian) Penggal Pertama DUN yang diadakan Oktober lalu, ADUN Chembong daripada BN, Datuk Zaifulbahri Idris turut memberi cadangan sama.

Menurutnya, ia bagi menunjukkan kesepaduan dan keserasian Kerajaan Perpaduan di Negeri Sembilan.

Bagaimanapun Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun ketika itu memaklumkan akan membincangkan mengenai perkara berkenaan.

Speaker DUN Negeri Sembilan dilantik dari Parti Amanah Negara(Amanah) iaitu Pengerusi Amanah Negeri Sembilan, Datuk Mk Ibrahim Abd Rahman.