Kebakaran kilang akibatkan letupan seperti bunga api

Kebakaran di sebuah kilang di Bukit Selambau, Kedah dikatakan turut diikuti dengan letupan yang jelas kelihatan di udara.
Kebakaran di sebuah kilang di Bukit Selambau, Kedah dikatakan turut diikuti dengan letupan yang jelas kelihatan di udara.
A
A
A

SUNGAI PETANI - Kebakaran di sebuah kilang di Bukit Selambau dipercayai turut mengakibatkan letupan seakan-akan bunga api sehingga dapat dilihat jelas oleh pengguna jalan raya dalam kejadian petang Ahad.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berkata, panggilan kecemasan diterima berhubung kejadian pada jam lebih kurang 7.57 petang dan beberapa jentera dikerahkan ke lokasi kejadian bagi operasi memadam kebakaran.

Api marak dalam kebakaran sebuah kilang di Bukit Selambau, Kedah pada Ahad.
Api marak dalam kebakaran sebuah kilang di Bukit Selambau, Kedah pada Ahad.

Menurutnya, setakat ini, tiada maklumat sama ada terdapat mangsa terlibat namun perkara itu akan dikemas kini dari masa ke masa.

"Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Amanjaya ditugaskan ke lokasi selain bantuan dari BBP Sungai Petani, BBP Kulim Hi-Tech dan BBP Yan.

"Kita juga mengarahkan agar pasukan bomba sukarela berhampiran ke lokasi kejadian bagi membantu operasi memadam kebakaran," katanya.

Keadaan sebuah kilang yang terbakar dalam kejadian di Bukit Selambau, Kedah pada Ahad.
Keadaan sebuah kilang yang terbakar dalam kejadian di Bukit Selambau, Kedah pada Ahad.

Jelasnya, sebaik tiba di lokasi mendapati terdapat sebuah kilang telah terbakar selain letupan bunga api jelas kelihatan di udara berdekatan kawasan kebakaran.

Artikel Berkaitan:

Sehingga kini, pasukan bomba masih berusaha memadam kebakaran di lokasi kejadian.