[VIDEO] Letupan 'bunga api' berpunca dari kebakaran kilang kitar semula

A
A
A

SUNGAI PETANI - Kebakaran kilang sehingga mengakibatkan letupan 'bunga api' pada Ahad di Bukit Selambau dipercayai berpunca dari sebuah gudang kitar semula.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, siasatan awal mendapati kawasan yang terbakar membabitkan kilang memproses barangan kitar semula iaitu aloi kepada aluminium yang terletak di Kawasan Perusahaan Bukit Selambau.

"Tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan, setakat ini bomba berada di lokasi dan keadaan terkawal," katanya.

Kebakaran kilang yang mengakibatkan letupan 'bunga api' dipercayai berpunca daripada kilang kitar semula.
Kebakaran kilang yang mengakibatkan letupan 'bunga api' dipercayai berpunca daripada kilang kitar semula.

Menurut Zaidy, hasil temu bual saksi di lokasi berdekatan memberitahu ternampak api sedang marak menyebabkannya keluar menyelamatkan diri.

"Saksi memberitahu kilang tersebut disyaki telah beroperasi lebih kurang lima bulan lepas dan menjalankan operasi memproses aloi kepada aluminium yang diambil dari barang-barang elektronik terpakai.

"Pasukan bomba dan penyelamat masih belum dapat memastikan punca kebakaran dan masih menunggu siasatan forensik bomba," katanya.

Sehingga jam 11 pagi, masih terdapat timbunan barang-barang yang terbakar dan pihak bomba sedang menunggu jengkaut masuk untuk mengorek timbunan barangan terbabit.

Artikel Berkaitan:

Kebakaran di Bukit Selambau yang dipercayai dari sebuah kilang kitar semula. - Foto JBPM
Kebakaran di Bukit Selambau yang dipercayai dari sebuah kilang kitar semula. - Foto JBPM