Sila log masuk terlebih dahulu.

Letupan 'bunga api' berpunca dari kebakaran kilang kitar semula

04 Disember 2023 | Berita Semasa Video
A
A
A

BERITA MOJO 4 DISEMBER 2023

Letupan disangka bunga api dan seakan-akan bunyi kapal terbang meletup sebenarnya merupakan kebakaran dari kilang kitar semula di Bukit Selambau Kedah, lapor wartawan Sinar Harian, Siti Zubaidah Zakaraya.

Beberapa penduduk ditemui menyatakan mereka terkejut dengan bunyi letupan berkenaan serta bimbang keselamatan diri dan keluarga apabila melihat api marak membakar kilang tersebut pada Ahad malam.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, siasatan awal mendapati kawasan yang terbakar membabitkan kilang memproses barangan kitar semula iaitu aloi kepada aluminium yang terletak di Kawasan Perusahaan Bukit Selambau.

Jelasnya, hasil temu bual saksi di lokasi berdekatan memberitahu ternampak api sedang marak menyebabkannya keluar menyelamatkan diri.

Artikel: https://go.sinar.la/3NyKKJh

Muzik: Elevate/bensound.com