Haikal-Hon Jian cipta kejutan juara Syed Modi

Haikal (kiri) dan Hon Jianl muncul juara Kejohanan Badminton Antarabangsa Syed Modi di India sebentar tadi. - Foto BAM
Haikal (kiri) dan Hon Jianl muncul juara Kejohanan Badminton Antarabangsa Syed Modi di India sebentar tadi. - Foto BAM
A
A
A

BEREGU lelaki muda negara, Muhammad Haikal Nazri-Choong Hon Jian mencipta kejutan apabila muncul juara Kejohanan Badminton Antarabangsa Syed Modi sebentar tadi.

Dalam aksi final di Stadium Tertutup babu Banarasi Das, Lucknow, India itu, Haikal-Hon Jian mengejutkan pilihan pertama dari Jepun, Akira Koga-Taichi Saito 18-21, 21-18, 21-16.

Pada Sabtu, Haikal-Hon Jian berjaya menyingkirkan pilihan kedua dari England, Ben Lane-Sean Vendy di peringkat separuh akhir kejohanan Super Jelajah Dunia BWF 300 itu.

Untuk rekod, ini merupakan kejuaraan pertama Haikal-Hon Jian yang berada di ranking ke 93 dunia sejak mereka mula digandingkan pada Ogos lalu.

Selaku juara, Haikal-Hon Jian membawa pulang trofi dan hadiah wang kemenangan berjumlah AS$16,590 (RM 77,525).

Artikel Berkaitan: