SMK Sultan Abdul Samad idam jinakkan SMK Darul Ehsan

Pemain-pemain skuad B-15 SMK Sultan Abdul Samad.
Pemain-pemain skuad B-15 SMK Sultan Abdul Samad.
A
A
A

PENGENDALI skuad bola sepak Bawah 15 (B-15) tahun Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Abdul Samad, Muhammad Firdaus Azhar menyifatkan kejayaan pasukan kendalian mara kelompok empat terbaik kejuaraan Piala Datuk Mokhtar Dahari B-15 2023 merupakan satu pencapaian membanggakan warga sekolah tersebut.

Malah, Muhammad Firdaus mahu prestasi cemerlang sepanjang kempen edisi 2023 itu dilabuhkan dengan rentak kemenangan apabila berdepan SMK Darul Ehsan dalam aksi penentuan tempat ketiga keempat di padang Turf Seksyen 19, Shah Alam pada Isnin.

"Kejayaan mara ke separuh akhir menentang SMK Meru tempoh hari merupakan satu pencapaian terbaik buat pasukan SMK Sultan Abdul Samad, walaupun tidak berjaya ke perlawanan akhir.


Pentadbir, pengurusan, jurulatih dan pemain SMK Sultan Abdul Samad selepas perlawanan separuh akhir menentang SMK Meru.
Pentadbir, pengurusan, jurulatih dan pemain SMK Sultan Abdul Samad selepas perlawanan separuh akhir menentang SMK Meru.

"Saya sangat bangga dengan komitmen para pemain SMK Sultan Abdul Samad beraksi sepenuh hati serta bermain penuh berdisiplin.

"Jadi berdepan SMK Darul Ehsan bagi penentuan tempat ketiga keempat, saya berharap pemain-pemain dapat mengekalkan momentum serta berjuang sepenuh hati berdepan antara pasukan terbaik dalam Selangor," katanya.

Sebagai rekod, cabaran SMK Sultan Abdul Samad dalam kejuaraan Piala Datuk Mokhtar Dahari B-15 2023 yang mendapat tajaan daripada Kumpulan Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) itu terhenti selepas tewas kepada SMK Meru menerusi penentuan sepakan penalti 2-3 selepas terikat 1-1 dalam aksi separuh akhir.

Artikel Berkaitan:

Kesebelasan utama SMK SMK Sultan Abdul Samad.
Kesebelasan utama SMK SMK Sultan Abdul Samad.

Dalam pada itu, Muhammad Firdaus secara keseluruhan sangat berbangga persembahan dipamerkan pasukan dari Petaling Jaya tersebut dalam setiap perlawanan.

Malah, katanya biarpun SMK Sultan Abdul Samad bukan pasukan pilihan, namun tidak menghalang para pemainnya menampilkan kualiti permainan yang mampu menyaingi gergasi kejohanan bawah 15 tahun Selangor tersebut.

"Kita menyahut cabaran Kejohanan Piala Datuk Mokhtar Dahari B-15 ini, yang merupakan landasan terbaik mengetengahkan bakat murid di Selangor ke peringkat lebih tinggi.

No Image Caption

"Saya ucapkan terima kasih kepada penganjur dan pentadbir sekolah SMK Sultan Abdul Samad serta sokongan PIBG (Persatuan Ibu Bapa dan Guru) dan ibu bapa kerana memberi sokongan kepada pemain-pemain bertanding dalam Kejohanan Piala Datuk Mokhtar Dahari B-15 edisi 2023," katanya.

SMK Sultan Abdul Samad dalam saingan Piala Datuk Mokhtar Dahari B-15 2023

Penentuan tempat ketiga keempat

Isnin (4 Disember)

SMK Darul Ehsan lwn SMK Sultan Abdul Samad

Separuh Akhir

SMK Sultan Abdul Samad 1-1 SMK Meru

*SMK Meru menang menerusi penentuan sepakan penalti 3-2.

Suku Akhir

SMK Sultan Abdul Samad 4-3 SMK USJ 4

Pusingan 16 Terbaik

SMK Tengku Ampuan Jemaah 0-0 SMK Sultan Abdul Samad

*SMK Sultan Abdul Samad menang penentuan sepakan penalti 9-8

KUMPULAN A

SMK Shah Alam 5-0 SMK Sultan Abdul Samad

SMK Sultan Abdul Samad 3-2 SMK Bandar Rinching

SMK Tengku Idris Shah 0-1 SMK Sultan Abdul Samad

*SMK Sultan Abdul Samad mara pusingan 16 terbaik selaku naib juara Kumpulan A

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!