Mualaf OKU rayu bantuan kerusi roda elektrik baharu

Abdul Rahim
Abdul Rahim
A
A
A

SHAH ALAM - Seorang mualaf yang juga orang kurang upaya (OKU) merayu sumbangan orang ramai bagi tujuan membeli kerusi roda elektrik baharu dianggarkan berharga hampir RM5,000.

Bapa kepada seorang anak itu, Abdul Rahim Abdullah, 48, berkata, kerusi roda elektrik yang digunakan ketika ini dibiayai pusat zakat, namun ia mengalami beberapa kerosakan sehingga mengganggu pergerakan.

Abdul Rahim merayu sumbangan orang ramai untuk membeli kerusi roda elektrik baharu dianggarkan berharga hampir RM5,000.
Abdul Rahim merayu sumbangan orang ramai untuk membeli kerusi roda elektrik baharu dianggarkan berharga hampir RM5,000.

“Saya tidak mampu nak beli yang baru. Belanja pun bergantung pada bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM300 sebulan.

“Hasil jual tisu pun berapa sangat dapat, hanya cukup untuk lepas belanja makan. Saya sudah 20 tahun tidak boleh berjalan sebab ada darah tinggi dan jantung, sekarang pula kena sakit buah pinggang.

“Ulang-alik dari Seremban ke Hospital Sultan Idris Shah Serdang, Selangor untuk rawatan pun pakai banyak duit. Saya sangat perlukan bantuan orang ramai,” katanya yang memeluk Islam sejak dua tahun lalu.

Abdul Rahim menjelaskan, dia berasal dari Pulau Pinang dan kini menetap di Seremban dengan menyewa rumah seorang diri apabila isteri meninggal dunia pada Mei lalu, manakala anak berusia 14 tahun tinggal bersama datuk di Perak.

“Saya dalam proses untuk mohon bantuan zakat untuk tampung perbelanjaan dan sewa rumah,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan boleh berbuat demikian melalui akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) 1455029000061185 atau hubungi Abdul Rahim di talian 011-588 88710.