Lebuh Ismail Sultan, Medini Utama jadi 'port' mat rempit

Polis melakukan Op Khas di Lebuh Ismail Sultan dan Lebuh Medini Utama.- Foto Polis
Polis melakukan Op Khas di Lebuh Ismail Sultan dan Lebuh Medini Utama.- Foto Polis
A
A
A

ISKANDAR PUTERI - Polis menyita 66 buah motosikal dan 46 kereta dalam Op Khas di Lebuh Ismail Sultan dan Lebuh Medini Utama pada Jumaat dan Sabtu.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Rahmat Ariffin berkata, sebanyak 422 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan lalu lintas dalam operasi bersepadu itu yang bermula jam 11.30 malam.

Katanya, pemeriksaan dijalankan anggota merangkumi rekod kenderaan hilang atau curi, rekod jenayah lampau serta saringan air kencing.

Anggota polis memeriksa kereta sewaktu Op Khas di Lebuh Ismail Sultan dan Lebuh Medini Utama. - Foto Polis
Anggota polis memeriksa kereta sewaktu Op Khas di Lebuh Ismail Sultan dan Lebuh Medini Utama. - Foto Polis

"Pemantauan aktiviti samseng jalanan di Jalan Lebuh Ismail Sultan, Iskandar Puteri secara berkala akan diteruskan bagi mengekang aktiviti mat rempit. Ini kerana tiada istilah serik dalam kalangan golongan ini walaupun setiap minggu diambil tindakan.

"Bermula dengan berkumpul, membuat bising dan disusuli dengan melakukan lagak aksi-aksi bahaya untuk menarik perhatian. Ini bukan budaya untuk diwarisi dari satu generasi ke satu generasi," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Dalam pada itu, beliau menasihatkan ibu bapa supaya memantau kegiatan anak-anak agar tidak terjebak dengan perlumbaan lumba haram di jalan raya.

Artikel Berkaitan:

Anggota polis memeriksa motosikal sewaktu Op Khas di Lebuh Ismail Sultan dan Lebuh Medini Utama.- Foto Polis
Anggota polis memeriksa motosikal sewaktu Op Khas di Lebuh Ismail Sultan dan Lebuh Medini Utama.- Foto Polis