Syukuri setiap ujian, sebar kebaikan demi ALLAH SWT

Fazrul menyampaikan resolusi keseluruhan World #QuranConvention sempena konvensyen yang berlangsung di Hotel Movenpick dan Pusat Konvensyen KLIA pada Sabtu.
Fazrul menyampaikan resolusi keseluruhan World #QuranConvention sempena konvensyen yang berlangsung di Hotel Movenpick dan Pusat Konvensyen KLIA pada Sabtu.
A
A
A

SEPANG - Menerapkan rasa syukur dalam diri bagi setiap keadaan dan berikrar untuk menyebarkan kebaikan kepada insan lain demi ALLAH SWT antara perkara yang diangkat sebagai resolusi World #QuranConvention (WQC) tahun ini.

Ketua Pegawai Penyelidik Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF), Fazrul Ismail berkata, berpandukan Surah al-Insan, tiga resolusi berdasarkan konvensyen tersebut wajar dijadikan tekad perubahan dalam diri setiap insan dan masyarakat secara menyeluruh.

Menurutnya, ia selari dengan setiap perkongsian dan intipati program yang menekankan nilai-nilai berkenaan.

"Resolusi pertama yang boleh dirumuskan adalah kita mesti menunjukkan rasa syukur dalam sebarang ujian dan kesusahan yang mendatang.

Artikel Disyorkan