61 wartawan terbunuh di Gaza sejak 7 Oktober

Jumlah wartawan dan petugas media yang terkorban sejak konflik Palestin-Israel meletus pada 7 Oktober lepas kini mencecah seramai 61 orang. - Foto AFP
Jumlah wartawan dan petugas media yang terkorban sejak konflik Palestin-Israel meletus pada 7 Oktober lepas kini mencecah seramai 61 orang. - Foto AFP
A
A
A

MOSCOW - Jumlah wartawan dan petugas media yang terkorban sejak konflik Palestin-Israel meletus pada 7 Oktober lepas kini mencecah seramai 61 orang, menurut kenyataan Jawatankuasa Melindungi Wartawan (CPJ), lapor Sputnik.

"Pada 1 Disember, laporan awal CPJ mendapati daripada seramai 16,000 orang yang terbunuh sejak peperangan bermula pada 7 Oktober lepas, termasuk sekurang-kurangnya 61 wartawan dan petugas media,” menurut CPJ.

Pada 7 Oktober sahaja enam wartawan maut manakala pada 18 November lima dilaporkan terbunuh. - Bernama-Sputnik

Artikel Berkaitan: