Penuntut Unisel maut kepala digilis jengkaut

Mangsa maut dalam kemalangan di Jalan Bukit Badong Kampung Jaya Setia, Bestari Jaya di sini pada Isnin.
Mangsa maut dalam kemalangan di Jalan Bukit Badong Kampung Jaya Setia, Bestari Jaya di sini pada Isnin.
A
A
A

KUALA SELANGOR - Seorang penuntut Universiti Selangor (Unisel) maut selepas kepalanya digilis tayar belakang sebuah jengkaut di Jalan Bukit Badong Kampung Jaya Setia, Bestari Jaya di sini pada Isnin.

Dalam kejadian jam 10.07 pagi itu, mangsa, Arif Danial Samsudin, 19, meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintenden Ramli Kasa berkata, kejadian berlaku semasa mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha Lagenda cuba memotong dua kenderaan di hadapannya yang berada di lorong kiri dan kanan jalan.

"Ketika mangsa cuba memotong kedua-dua kenderaan tersebut dengan berada tengah kenderaan, mangsa didapati telah hilang kawalan lalu telah jatuh di bahagian tengah jengkaut," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Ramli berkata, akibat daripada perlanggaran itu, mangsa yang beralamat di Sungai Petani, Kedah mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

"Pemandu jengkaut berusia 39 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan," ujar beliau.

Beliau memberitahu, mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Tanjong Karang untuk dibedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Artikel Berkaitan: