Bank digital pertama Malaysia, GXBank dilancarkan

Dari kiri, Pengerusi GXS, Hsieh Fu Hua bersama Johan, Si Lai dan Zaiton menunjukkan replika kad GXBank ketika majlis pelancarannya pada Rabu.
Dari kiri, Pengerusi GXS, Hsieh Fu Hua bersama Johan, Si Lai dan Zaiton menunjukkan replika kad GXBank ketika majlis pelancarannya pada Rabu.
A
A
A

BANK digital pertama Malaysia, GXBank telah melancarkan perkhidmatannya secara rasmi di Malaysia bagi menawarkan akses kepada rangkuman kewangan dan daya tahan.

Aplikasi yang sudah tersedia untuk dimuat turun di telefon pintar pengguna menawarkan pelbagai ciri dan perkhidmatan antaranya simpanan, pelan persaraan dan penjejakan kemajuan.

Ketua Pegawai Eksekutif GXBank, Pei Si Lai berkata, data daripada prapelancaran versi beta pada September lalu menunjukkan ramai rakyat Malaysia sedang menabung untuk kecemasan, percutian dan pelaburan.

“Sebagai bank digital, kami dilahirkan daripada teknologi tanpa cawangan fizikal. Ini menjadikan kad GX kami sangat istimewa kerana ia kini satu-satunya manifestasi fizikal GXBank yang boleh disimpan pelanggan di dalam poket.

“Pelanggan boleh menikmati faedah harian sebanyak tiga peratus setahun apabila menyimpan wang dalam akaun utama atau 'Poket',” katanya menerusi kenyataan pada Khamis.

Kad GX
Kad GX

Acara pelancaran GXBank yang berlangsung pada Rabu disempurnakan Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah GXBank, Datuk Zaiton Mohd Hassan dan turut dihadiri Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Datuk Johan Mahmood Merican.

GXBank turut menawarkan pulangan tunai satu peratus tanpa had bagi setiap perbelanjaan dalam dan luar talian menggunakan kad dan sifar 'markup' atau yuran untuk transaksi asing.

Artikel Berkaitan:

Selain itu pengguna juga dapat pengecualian yuran RM1 apabila digunakan di lebih 10,000 mesin juruwanng automatik (ATM) MEPS di seluruh negara selain 1.5 kali mata GrabRewards apabila berbelanja di Jaya Grocer.

GXBank dilesenkan oleh Bank Negara Malaysia dan semua deposit dilindungi oleh Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM) sehingga RM250,000 untuk setiap pendeposit, selaras dengan piawaian kawal selia.

Untuk maklumat lanjut, sila lawati laman web GXBank atau muat turun aplikasi di Google Play atau Apple App Store.