Semarakkan e-sukan dari peringkat akar umbi

Pada masa sama, tanggapan masyarakat terhadap e-sukan juga telah berubah yang kini sudah mampu menjadi kerjaya kepada anak-anak muda, bukan lagi medium yang membuang masa.
Pada masa sama, tanggapan masyarakat terhadap e-sukan juga telah berubah yang kini sudah mampu menjadi kerjaya kepada anak-anak muda, bukan lagi medium yang membuang masa.
A
A
A

MALAYSIA perlu mendahului negara-negara di rantau Asia Tenggara dalam membangunkan sukan elektronik (e-sukan) secara meluas.

Ini kerana daya tarikan e-sukan yang merentasi dunia tanpa sempadan menunjukkan ia semakin menonjol dan berkembang sangat pantas hingga mengatasi populariti sukan seperti bola sepak tanpa had.

Pada masa sama, tanggapan masyarakat terhadap e-sukan juga telah berubah yang kini sudah mampu menjadi kerjaya kepada anak-anak muda, bukan lagi medium yang membuang masa.

Selain itu, lonjakan populariti e-sukan memberi kesan positif kerana lebih ramai individu dan perniagaan mahu melibatkan diri sekali gus membawa banyak pelaburan dalam industri tersebut.

Tahun ini, e-sukan telah disenaraikan sebagai salah satu daripada 103 sukan di bawah Akta Pembangunan Sukan 1997.

Peruntukan sebanyak RM30 juta untuk pembangunan dan pertumbuhan e-sukan di negara ini melalui Belanjawan 2024 menjadi bukti kesungguhan kerajaan menjadikan Malaysia hab e-sukan yang dikenali di rantau ini.

Malah, kerajaan menerusi Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Pembangunan Sukan (JKPS) telah memulakan perbincangan bagi mengembangkan lagi e-sukan di peringkat akar umbi khususnya sekolah.

Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abdul Halim berkata, ia berdasarkan kesedaran bahawa pasukan negara mempunyai potensi besar dalam bidang itu yang telah menyaksikan pelbagai pencapaian membanggakan di peringkat antarabangsa antaranya pada temasya Sukan SEA dan Sukan Asia.

Artikel Berkaitan:

Oleh itu katanya, pembangunan dari peringkat akar umbi penting dan akan dipergiat bagi melahirkan serta menggilap lebih ramai bakat baharu untuk diketengahkan ke peringkat lebih tinggi.

Dari segi e-sukan itu sendiri, peningkatan tawaran kewangan akan meletakkan industri tersebut pada satu standard tersendiri selain melahirkan pemain terbaik dan mencipta kejohanan lebih berprestij sekali gus meletuskan keterujaan lebih besar.

Jadi, ia akan dapat memberi manfaat kepada semua pihak yang terlibat dalam industri tersebut.

Pada akhirnya, diharap e-sukan akan terus berkembang pesat kerana konsepnya menarik, bagus, mesra dan mengujakan.

Sudah tentu, ramai anak muda mahu mencipta nama menerusi e-sukan, selain harumkan negara mereka juga mampu raih pendapatan lumayan.