Jawatan penting menanti Raja Affandi - PM

Anwar (kanan) mengangkat tangan calon Barisan Nasional bagi Parlimen Kemaman Jeneral (B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor semasa hadir pada Ceramah Mega Perpaduan Madani Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman di Geliga pada malam Rabu. - Foto Bernama
Anwar (kanan) mengangkat tangan calon Barisan Nasional bagi Parlimen Kemaman Jeneral (B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor semasa hadir pada Ceramah Mega Perpaduan Madani Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman di Geliga pada malam Rabu. - Foto Bernama
A
A
A

KEMAMAN- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi bayangan, akan memberikan jawatan penting kepada Jeneral (B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor jika beliau dipilih sebagai Ahli Parlimen Kemaman pada 2 Disember ini.

Menurutnya, bekas Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) itu mempunyai rekod yang sangat cemerlang dalam perkhidmatan sebelum ini dan peluang itu tidak harus disia-siakan.

"Saya harap dengan kedudukan beliau, sebagaimana yang disebut oleh Datuk Seri Mohamad Sabu (Presiden Parti Amanah Negara) tadi, saya percaya kalau dia jadi ahli parlimen, takkan nak jadi yang biasa.

"Sudah tentu kita bagi tugas supaya hubungan (Kemaman) dengan kerajaan Perdana Menteri baik. Ingat saudara, kita pastikan kemenangan Barisan Nasional," katanya dalam Ceramah Mega Perpaduan Madani Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman di Geliga pada malam Rabu.

Sementara itu, Anwar menambah, Kerajaan Persekutuan tidak sesekali mengambil hak rakyat Terengganu.

Jelasnya, segala bantuan kepada rakyat akan disalurkan mengikut keperluan.

"Dia (kerajaan negeri) beritahu tanah runtuh di Kenyir, sebahagiannya TNB buat dan sebahagian lagi tanah kerajaan negeri. Saya bagi kelulusan segera atasi masalah hakisan dan tanah runtuh di Tasik Kenyir sebanyak RM200 juta.

"Ada terima kasih? Tak ada. Ni kata kita tak bagi bantuan. Saya nak beritahu, kita tak ambil wang yang jadi hak Terengganu. Begitu juga Kelantan, Sabah dan Sarawak.

Artikel Berkaitan:

"Kita salur ikut keadaan. Kalau dia nampak sopan dan teratur, boleh runding dengan baik. Tapi kalau dikafirkan dan (kata) tak jaga Melayu, biar kita buat cara kita," tegasnya.