Fourians A ungguli Piala Extra Joss

Fourians A melakar sejarah tersendiri apabila muncul juara Piala Extra Joss Bawah 16 tahun di Stadium MBPJ, baru-baru ini.
Fourians A melakar sejarah tersendiri apabila muncul juara Piala Extra Joss Bawah 16 tahun di Stadium MBPJ, baru-baru ini.
A
A
A

PASUKAN Fourians A muncul juara Kejohanan Piala Extra Joss Bawah 16 tahun selepas menewaskan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Dato' Harun 1-0 dalam aksi final di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Kelana Jaya baru-baru ini.

Kejohanan itu merupakan anjuran syarikat minuman bertenaga, Extra Joss bersama MBPJ yang bertujuan untuk memupuk budaya sihat dan bersukan dalam kalangan remaja di Petaling Jaya.

Antara pasukan yang menyertai kejohanan yang julung-julung kalinya diadakan itu ialah Kampung FC,Tropz FC Padang Jawa dan Padang Jawa FC.

Selaku juara, Fourians A membawa pulang hadiah bernilai RM1.500 serta medal dan piala iringan, sementara SMK Taman Dato' Harun meraih RM800, medal serta piala iringan.

Pasukan Tropz FC yang menduduki tempat ketiga pula membawa pulang hadiah bernilai RM350.

Menurut Pengurus Negara Kalbe Malaysia, Oktavianus, kejohanan kali ini telah berjaya mencapai objektifnya dengan sambutan yang menggalakkan daripada pasukan yang berada di sekitar Petaling Jaya.

Malah, beliau memberitahu, kejohanan itu turut disertai beberapa pasukan jemputan di sekitar Lembah Klang.

"Kejohanan ini juga akan diteruskan pada masa akan datang bagi merancakkan pertandingan bola sepak di peringkat belia di Malaysia.

Artikel Berkaitan:

"Saya merasa gembira dengan sambutan yang ditujukan oleh pasukan-pasukan terlibat di mana pihak kami telah menerima sebanyak 32 pasukan.

"Insya-ALLAH pada masa akan datang nanti pihak kami akan memperbanyakkan lagi jumlah pasukan yang terlibat di dalam penganjuran program ini"

"Harapan saya melalui penganjuran kejohanan seumpama ini, ia akan dapat memberikan faedah kepada para remaja selain mampu meningkatkan mutu bola sepak tanah air dengan pertambahan kejohanan di peringkat belia," ujarnya.