12 pasukan media berentap di Kejohanan Badminton TNB-Media 2023

Para peserta media menyertai sesi bergambar sebelum Kejohanan Badminton Berpasukan TNB bersama media 2023 bermula pada Sabtu.
Para peserta media menyertai sesi bergambar sebelum Kejohanan Badminton Berpasukan TNB bersama media 2023 bermula pada Sabtu.
A
A
A

SEBANYAK 12 pasukan berentap dalam Kejohanan Badminton Berpasukan Tenaga Nasional Berhad (TNB) bersama media 2023 yang julung kali diadakan di Dewan Serbaguna Kompleks TNB Jalan Bangsar pada Sabtu.

TNB dalam satu kenyataan berkata, kejohanan yang berlangsung pada jam 7 pagi hingga 6 petang itu merupakan inisiatif untuk membudayakan sukan dan gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat seperti disarankan kerajaan.

"Bagi kami, penganjuran kejohanan bersama media seperti ini penting, terutama sekali setelah beberapa tahun kita melalui fasa Perintah Kawalan Pergerakan.

"Media banyak memberi sokongan kepada TNB dan ini merupakan salah satu aktiviti yang kita anjurkan bagi mengeratkan lagi hubungan," katanya.

Majlis Kejohanan Badminton Berpasukan Tenaga Nasional Berhad (TNB) bersama media 2023 dirasmikan Pemangku Ketua Komunikasi Korporat Kumpulan TNB, Wan Seri Rahayu Wan Mohd Said.

TNB memaklumkan, antara pasukan media yang menyertai kejohanan tersebut iaitu Sinar Harian; New Straits Times, Berita Harian; Harian Metro; Utusan Malaysia; Kosmo dan Bernama.

"Selain itu, Radio Televisyen Malaysia (RTM); TV3; Astro Arena; Sin Chew Daily; China Press dan Nanyang Siang Pau.

"Johan akan membawa pulang hadiah wang tunai, piala dan pingat, tidak ketinggalan peserta dari tempat kelima hingga 12 turut menerima sagu hati," katanya.

Artikel Berkaitan:

Menurutnya lagi, aktiviti tersebut juga sebagai tanda penghargaan selain mengenali media dengan lebih rapat.

"Aktiviti ini akan terus diadakan pada masa akan datang dalam usaha untuk menghargai sumbangan dan peranan media yang banyak memberi sokongan kepada TNB," ujarnya.