95 kes peguam pecah amanah RM98.7 juta

Ramli
Ramli
A
A
A

KUALA LUMPUR - Sebanyak 95 kes pecah amanah babit kerugian RM98.7 juta dilakukan peguam, direkodkan sejak 2021.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, jumlah itu bagi tempoh sehingga Oktober lalu.

Katanya, daripada jumlah itu, 72 kes masih dalam siasatan, lima kes dituduh, manakala 18 kes diputuskan sebagai tiada tindakan lanjut (NFA).

"Berdasarkan statistik yang diperoleh daripada Badan Peguam Malaysia (www.malaysianbar.org.my), jumlah peguam yang berdaftar bagi tahun 2023 adalah seramai 21,570 orang.

"Jadi, jika dibandingkan dengan 95 kes yang direkodkan, hanya 0.4 peratus peguam yang mencemarkan nama baik profesion ini. Walaupun peratusan ini kecil, namun perlakuan jenayah oleh golongan ini amat dikesali," katanya dalam sidang akhbar di Menara KPJ di sini pada Rabu.

Beliau berkata, peguam adalah satu profesion yang amat sinonim dengan peranan untuk memelihara sistem keadilan selaras dengan peruntukan undang-undang.

Katanya, suka diingatkan kepada semua peguam agar sentiasa memelihara kepentingan anak guam yang telah meletakkan harapan yang tinggi agar masalah mereka dapat dibela.

"Selaku pengamal undang-undang, peguam seharusnya sentiasa bertindak jujur dan berintegriti dalam apa jua tindakan yang dilakukan," ujarnya.

Artikel Berkaitan: