MUFT, MSNT-SIF-TFC pertembungan berprofil tinggi

MSNT-SIF-TFC mara separuh akhir dengan status naib juara kumpulan A.
MSNT-SIF-TFC mara separuh akhir dengan status naib juara kumpulan A.
A
A
A

NAIB juara dua edisi berturut-turut Piala Pra U, Malaysia University Football Team (MUFT) dan MSNT-SIF-TFC tidak menganggap perlawanan mudah apabila kedua-dua pasukan berentap dalam separuh akhir Piala Pra U di padang 8 Akademi Mokhtar Dahari (AMD), Gambang, Kuantan pada Rabu.

Malah, penolong pengendali MUFT, Ashadi Mohd Yusoff menyifatkan pasukan yang layak ke peringkat separuh akhir merupakan pasukan-pasukan yang mempunyai kualiti tersendiri,

“Sejujurnya pasukan MSNT-SIF-TFC merupakan antara pasukan pilihan saingan Piala Pra U kali ini.

“Jadi MUFT, kami sentiasa menghormati pasukan lawan yang ditemui dan akan kekal fokus untuk setiap perlawanan.

“Selain itu, saya sering mengingatkan para pemain MUFT untuk mengelak melakukan kesilapan-kesilapan mudah yang boleh menghukum pasukan,” katanya.

MUFT menyingkap kempen Kumpulan B dengan bergelut mengatasi MSA, 3-2, kemudian menang lebih garang 4-1 ke atas Johor Darul Ta'zim (JDT) Bawah 15 (B15), sebelum menutup tirai kumpulan, 3-1 ke atas Akademi Bolasepak Sime Darby.

MUFT mara ke pentas separuh akhir dengan status juara kumpulan B.
MUFT mara ke pentas separuh akhir dengan status juara kumpulan B.

Tiga kemenangan itu membolehkan MUFT mara kelompok empat terbaik kejohanan dengan status juara Kumpulan B.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, pengendali MSNT-SIF-TFC, Mohd Aliff Hafifi Mohammad juga menjangkakan satu pertembungan yang menarik dan sengit apabila berdepan MUFT.

“Tahun lepas, kami tewas tipis MUFT di peringkat kumpulan, dan saya pasti perlawanan separuh akhir perlawanan sengit.

“Malah pemain-pemain saya teruja untuk memberikan tentangan sengit seterusnya memenangi perlawanan,” katanya.

MSNT-SIF-TFC memulakan kempen langkah kiri apabila tewas 1-3 kepada penyandang juara Akademi Mokhtar Dahari (AMD).

Namun naib juara kumpulan A tersebut kembali garang apabila membaham Akademi Bolasepak Felda, 4-0 dalam perlawanan kedua.

Pasukan dari Terengganu itu kemudian meneruskan rentak kemenangan apabila mengatasi Akademi Penang Panther, 3-1 dalam perlawanan terakhir kumpulan.