Australia haram import vape

Vape pakai buang yang mengandungi bahan nikotin menyebabkan ketagihan. - AFP
Vape pakai buang yang mengandungi bahan nikotin menyebabkan ketagihan. - AFP
A
A
A

SYDNEY - Australia akan mengharamkan pengimportan vape pakai buang bermula 1 Januari 2024, menurut kerajaan dalam tindakan yang disambut baik oleh doktor.

Menteri Kesihatan Australia, Mark Butler berkata, sekatan terhadap penggunaan vape itu bertujuan mengekang penggunaan rokok elektronik itu di kalangan golongan muda.

Difahamkan Australia adalah negara pertama mendedahkan larangan import tersebut pada Mei lalu, tetapi tidak memberikan tarikh perlaksanannya sehingga sekarang.

Butler berkata, sebelum ini vape diperkenalkan kerajaan bagi membantu perokok jangka panjang untuk berhenti merokok.

"Ia tidak lagi dijual sebagai produk rekreasi, terutamanya tidak disasarkan kepada anak kita.

"Sebilangan besar vape mengandungi nikotin dan anak muda akan menjadi ketagih," tambahnya.

Menurut kenyataan kerajaan, kira-kita satu pertujuh kanak-kanak berumur 14 hingga 17 tahun menghisap vape.

Ia memetik 'bukti konsisten' bahawa golongan muda Australia yang menghisap vape adalah tiga kali ganda berkemungkinan akan menghisap tembakau.

Artikel Berkaitan:

Tambahnya, perundangan juga akan diperkenalkan pada 2024 untuk mengharamkan pembuatan, pengiklanan atau pembekalan vape pakai buang di Australia.

Larangan import itu disambut baik oleh Persatuan Perubatan Australia. - AFP