Tiada persefahaman, curang antara punca utama penceraian - LPPKN

Rohani ketika berucap pada Majlis Sambutan November Bulan Keluarga Kebangsaan peringkat negeri Kelantan pada Rabu. - Foto Bernama
Rohani ketika berucap pada Majlis Sambutan November Bulan Keluarga Kebangsaan peringkat negeri Kelantan pada Rabu. - Foto Bernama
A
A
A

KOTA BHARU - Tiada persefahaman, pasangan curang dan campur tangan mentua antara punca utama berlaku penceraian dalam kalangan pasangan berusia antara 35 hingga 39 tahun di negara ini.

Pengerusi Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata, berdasarkan dapatan kajian yang dilakukan pihaknya setakat ini, sebanyak 56.2 peratus lelaki menyatakan mereka bercerai kerana tiada persefahaman dengan pasangannya, diikuti pasangan curang (11.8 peratus) dan campur tangan mentua atau ipar-duai (10 peratus).

"Bagi dapatan daripada wanita pula, tiada persefahaman turut mencatatkan peratusan yang tertinggi punca mereka bercerai dengan pasangan iaitu 38 peratus, diikuti pasangan curang (20.5 peratus) dan pasangan tidak bertanggungjawab (15.2 peratus).

"Selain itu, campur tangan mentua mencatatkan 6 peratus, enggan dimadukan (2.8 peratus), masalah kewangan (4.7 peratus) dan lain-lain punca seperti didera, tiada zuriat serta terlibat kes jenayah (10.4 peratus)," katanya.