Giliran Wolves persoal VAR

Gary O'neil
Gary O'neil
A
A
A

PENGENDALI Wolverhampton Wanderers, Gary O'neil sentiasa menjadi penyokong penggunaan teknologi video bantuan pengadil (VAR) dalam saingan Liga Perdana Inggeris.

Bagaimanapun dia mula senada menyertai barisan pengendali kelab yang mula mengkritik keberkesanan teknologi itu selepas berdepan Fulham dalam perlawanan liga pada Selasa.

Pada perlawanan di Craven Cottage itu, O'neil mempersoalkan dua sepakan penalti yang menyaksikan pasukan Wolves tewas 2-3 kepada tuan rumah.

Fulham dihadiahkan dua sepakan penalti yang disudahkan Willian selepas Nelson Semedo mengasari Tom Cairney diikuti cabaran Joao Gomes terhadap Harry Wilson, yang terakhir diberikan selepas kajian VAR.

“Saya sentiasa menyokong VAR, tetapi ia menyebabkan masalah besar pada masa ini. Hakikat bahawa sepakan penalti yang pertama tidak dianggap sebagai kesilapan, yang kedua juga jelas begitu menyebabkan pasukan menanggung risiko penghujung perlawanan.

“Malam ini akhirnya telah mengubah fikiran saya untuk menentang VAR yang saya fikir akan membantu namun sebaliknya.

“Pengadil pada dasarnya mengakui mereka membuat kesilapan dengan Nelson, tetapi dengan Harry Wilson, kami tidak bersetuju,” ujar O'neil.

Wolves berada di tangga ke-12 dengan 15 mata daripada 13 perlawanan, namun O'neil berkata, keputusan buruk pengadil menyebabkan mereka kehilangan tujuh mata lagi.

Artikel Berkaitan:

“Saya menguruskan sebuah kelab bola sepak yang besar di sini dan perbezaan yang anda buat kepada reputasi saya, kepada perkembangan kelab ke liga, kepada mata pencarian rakyat, ia sangat besar.

“Ia tidak boleh seperti ini dengan semua teknologi dan sepanjang masa dalam liga terbesar di dunia yang kita mendapati begitu banyak salah. Ia tidak boleh menjadi okay,” katanya.

O'neil menjadi pengendali terbaru Liga Perdana Inggeris yang mempersoalkan VAR, selepas Jurgen Klopp dari Liverpool, Ange Postecoglou dari Tottenham Hotspur, Mauricio Pochettino dari Chelsea dan Mikel Arteta dari Arsenal antara yang mengkritik sistem itu.

Badan pengadil Inggeris PGMOL sebelum ini telah mengakui beberapa kesilapan tetapi juga mengesyorkan penglibatan VAR yang lebih proaktif semasa permainan.