Dua lelaki ditahan pecah masuk rumah sarang burung

Polis menahan dua lelaki yang disyaki terlibat dalam kes pecah masuk rumah sarang burung di sini, pada awal pagi Jumaat lalu.
Polis menahan dua lelaki yang disyaki terlibat dalam kes pecah masuk rumah sarang burung di sini, pada awal pagi Jumaat lalu.
A
A
A

KLUANG - Polis menahan dua lelaki yang disyaki terlibat dalam kes pecah masuk rumah sarang burung di sini, pada awal pagi Jumaat lalu.

Menurut Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh, kedua-dua suspek berusia dalam lingkungan 36 hingga 41 tahun itu ditahan di Taman Sri Layang, Layang-Layang sekitar jam 2 pagi.

“Hasil siasatan mendapati kedua-dua suspek mempunyai rekod jenayah lampau namun saringan ujian air kencing mereka didapati negatif.

“Polis turut merampas beberapa barangan seperti satu beg merah yang turut mengandungi peralatan pecah rumah.

“Selain itu, beberapa barangan seperti satu alat penyodok sarang burung, satu alat penyodok sarang burung boleh laras, seutas tali dan satu plastik berisi sarang burung dengan anggaran berat 450 gram turut dirampas,” katanya.

Difahamkan, kedua-dua suspek direman selama enam hari mulai 25 November 2023 lalu.

Kes disiasat dibawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara selama 14 tahun atau dengan denda atau kedua-duanya.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat boleh menghubungi mana-mana balai polis yang berhampiran atau menghubungi IPD Kluang di talian 07-7784222, 07-7766822 (hotline), 07-7784256 (talian terus) atau tablet DCC, 014-3656822.

Artikel Berkaitan: